Connect with us

Oh! Media

“Patut Pakai Dengan Suami Je” – Netizen Tegur Pakaian Daiyan Trisha Terlalu Terdedah

daiyan trisha

Oh! Artis

“Patut Pakai Dengan Suami Je” – Netizen Tegur Pakaian Daiyan Trisha Terlalu Terdedah

Nama penyanyi dan pelakon popular, Daiyan Trisha, sekali lagi jadi sebutan netizen selepas tular satu video di TikTok.

BACA: “Yang Tinggalkan Komen Bukan ‘Followers’ Saya Pun” – Dikecam Berbaju Jarang, Daiyan Trisha Bersuara  

IKLAN

Video itu memaparkan Daiyan disolek cantik sambil mengenakan busana berwarna nude dengan rekaan agak berani.

“Dia pergi mekah mintak apa ya?” – Netizen kecewa tengok pakaian Daiyan Trisha

Pakaian Daiyan itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang beranggapan ianya terlalu seksi dan tidak sopan.

Netizen juga berpendapat pakaian itu sesuai dipakai di rumah untuk tatapan suami bukan untuk tatapan umum.

“Ingat-ingat Tuhan juga dik”

Bukan itu saja, beberapa pengguna lain turut mengingatkan Daiyan supaya lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan menjaga sensitiviti masyarakat.

Ingat-ingat Tuhan juga dik.

Menariknya, ada juga yang meluahkan kerinduan terhadap imej lama Daiyan yang dilihat lebih manis dan sopan.

I prefer the old Daiyan. No offence, she’s prettier before than she is now.

Namun begitu, ada juga suara yang menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghakimi dan lebih memilih untuk mendoakan yang baik-baik buat Daiyan.

Korang sibuk cakap pasal dia banyak kali pergi Mekah, korang tak tahu ke ni ujian untuk kita dari mengata dan betulkan hati kita instead of doakan dia?

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Daiyan setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung komen-komen tersebut.

Pssttt! Sebagai peminat, kita memang sayang artis kesayangan kita. Tapi dalam menegur, biarlah berhemah dan penuh adab. Semoga Daiyan lebih berhati-hati selepas ini ya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas