Connect with us

Oh! Media

Lebih 2,000 Peluang Kerja Ditawarkan, 25 Majikan Sertai Festival LINDUNG Kerjaya

perkeso

Trending

Lebih 2,000 Peluang Kerja Ditawarkan, 25 Majikan Sertai Festival LINDUNG Kerjaya

Lebih 2,000 peluang kerja ditawarkan menerusi Karnival LINDUNG Kerjaya dengan penyertaan 25 majikan.

Buat korang yang tengah mencari kerja atau mahu mencuba peluang kerjaya baharu, lebih 2,000 kekosongan jawatan bakal ditawarkan menerusi Festival LINDUNG Kerjaya pada 18 hingga 20 September ini.

Karnival anjuran MYFutureJobs itu diadakan bersempena Festival Mega iLINDUNGu di Strand Mall, Kota Damansara yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

25 majikan tawarkan lebih 2,000 kekosongan

51337

Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Festival LINDUNG Kerjaya bakal menghimpunkan 25 majikan dengan lebih 2,000 kekosongan jawatan untuk diisi.

IKLAN

Bukan sekadar mencari kekosongan yang sesuai, pencari kerja turut boleh mendapatkan bimbingan menyediakan resume serta peluang padanan pekerjaan sepanjang karnival berlangsung.

Untuk pencari kerja pula, MYFutureJobs akan menganjurkan Karnival LINDUNG Kerjaya membabitkan 25 majikan dengan lebih 2,000 kekosongan jawatan untuk diisi, selain menyediakan bimbingan resume dan peluang padanan pekerjaan kepada mereka.- Menurut PERKESO.

Pelbagai perkhidmatan dalam satu lokasi

51340

Festival Mega iLINDUNGu kali ini turut membawa pendekatan KESUMA Bersama Rakyat dengan penyertaan 11 agensi lain di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), termasuk MITRA, HRD Corp, TalentCorp, NIOSH dan PTPK.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat serta akses kepada pelbagai program berkaitan pekerjaan, pembangunan kemahiran, kebajikan tenaga kerja dan pemerkasaan komuniti.

Selain peluang pekerjaan, PERKESO turut menyediakan beberapa perkhidmatan secara langsung termasuk saringan kesihatan percuma, semakan caruman dan khidmat nasihat faedah.

51338

Festival yang memasuki edisi ketiga itu menyasarkan sehingga 60,000 pengunjung dan turut menawarkan aktiviti kekeluargaan serta persembahan artis tempatan sepanjang tiga hari penganjuran.

Jadi, kalau korang tengah mencari kerja, boleh ambil peluang hadir ke Festival LINDUNG Kerjaya ini. Mana tahu daripada lebih 2,000 kekosongan yang ditawarkan, ada yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman korang.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas