Oh! Artis
“Yang Tinggalkan Komen Bukan ‘Followers’ Saya Pun” – Dikecam Berbaju Jarang, Daiyan Trisha Bersuara
Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha baru-baru ini meraih perhatian di media sosial selepas berkongsi outfit yang dipakainya ketika menghadiri konsert Dua Lipa.
Selebriti ini bagaimanapun tidak membiarkan perkara itu mempengaruhi dirinya. Dia memilih untuk menyekat akaun netizen yang disifatkan membawa aura negatif.
Yang komen negatif bukan pengikut Daiyan Trisha
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Daiyan menjelaskan bahawa individu yang meninggalkan komen negatif tersebut bukanlah pengikut media sosialnya.

Menurut Daiyan, mereka adalah golongan pelik kerana hadir di akaun media sosialnya tanpa diundang. Sedangkan mereka sendiri tidak mengambil berat mengenai Daiyan selama ini.
Daiyan Trisha dah sekat!

Kelakar bila kebanyakan ‘komen’ di hantaran terbaru saya bukan pengikut saya pun? Macam kamu di sini sebab nak tinggalkan komen yang tak diminta? Kamu semua tak peduli tentang saya, tentang apa yang saya buat atau siapa sebenarnya saya. Pelik. Sudah sekat.
Walaupun dihujani kritikan dan kecaman, Daiyan dilihat tetap tenang dan tidak terkesan dengan komen negatif tersebut. Malah, dia terus menumpukan perhatian kepada kerjayanya dan peminat setianya yang sentiasa menyokong.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Daiyan Trisha
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM