Connect with us

Oh! Media

Boy Iman Disamakan Dengan Jefri Nichol? Ini Respon Penuh Boy Sendiri

Ohmedia boy iman jefri nichol

Oh! Artis

Boy Iman Disamakan Dengan Jefri Nichol? Ini Respon Penuh Boy Sendiri

Boy Iman akui ada sedikit persamaan wajah dengan Jefri Nichol, tapi tetap merendah diri.

Muka kekasih hati Ameera khan, Jefri Nichol disamakan dengan wajah pelakon, Boy Iman waktu muda? Haah la, sama weh… Ini semua kerja netizen lah ni tiba-tiba kata muka diorang sama, sampai Boy Iman pun respon.

Masa mula saya tengok tu, saya rasa tak berapa sama. Tapi ada sekali tu, saya tengok hantaran yang Jefri kongsikan di Instagram ketika dia berada di tandas.

Saya rasa macam ada persamaan sikit, ada nampak macam saya di zaman muda ketika kurus.

Boy Iman throwback zaman popular dulu, sampai ada peminat bagi bra…

Boy Iman juga sempat throwback zaman kemuncaknya dalam industri seni sekitar era 2000-an. Siapa sangka, dulu peminat bukan main lagi ‘layan’ dia!

Walaupun ada yang kata wajah Boy Iman dan Jefri Nichol seiras, pelakon itu tetap tenang dan memilih untuk bersikap merendah diri. Katanya, semua ini hanyalah pinjaman dari Tuhan.

IKLAN

Saya tak rasa saya macam dia. Saya tak nak riak dan takbur. Saya ada baca macam-macam komen. Bukan saya nak riak kerana ini semua pinjaman Allah.

Cuma saya rasa saya tak sama dengan dia. Bagi saya dia lagi kacak, saya pula ketika di usia muda berbadan kurus, dia pula berbeza.

Pssttt! Kadang-kadang, netizen ni suka cari persamaan dan buat perbandingan, sampai yang tak pernah terfikir pun boleh viral! Tapi dalam apa jua situasi, sikap rendah diri Boy Iman patut kita contohi. Biar orang puji setinggi langit, tetap ingat bahawa rupa paras ni hanyalah pinjaman dari Allah.

Kredit: Xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas