Connect with us

Oh! Media

Neelofa Akhirnya Beri Respon Tentang Hubungan Ameera Khan Dan Jefri Nichol

Neelofa Ameera Khan   2

Oh! Artis

Neelofa Akhirnya Beri Respon Tentang Hubungan Ameera Khan Dan Jefri Nichol

Neelofa akhirnya beri respon isu Ameera Khan dan Jefri Nichol.

Nama Ameera Khan kembali menjadi bualan hangat apabila hubungan cintanya dengan pelakon, Jefri Nichol diperkatakan netizen. Namun, kakaknya iaitu Neelofa memilih untuk tidak memberi sebarang komen lanjut.

Menurut laporan mStar, Neelofa berkata yang dia bimbang kenyataan daripadanya hanya akan menambahkan lagi reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.

Saya rasa nak simpan komen itu pada diri sendiri sebab ada sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutuk, apa saja jawapan pasti kena kecam. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab.

“Jangan bandingkan saya dengan Ameera” – Neelofa

Neelofa

Dalam masa sama, Neelofa menegaskan bahawa tidak adil untuk membandingkan dirinya dengan adiknya kerana mereka tidak berada dalam industri yang sama.

IKLAN

Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza. Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal.

Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja, tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia (Ameera) bukan pelakon, penyanyi atau pengacara. Tidak.

Kisah cinta Ameera Khan dan Jefri Nichol

Ameera Khan Jefri Nichol

Untuk rekod, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) pernah bercinta dengan Jefri Nichol sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.

Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, hubungan mereka kembali bertaut dan kini dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

Pssttt! Kadang-kadang diam lebih baik daripada berkata-kata. Dalam dunia media sosial yang penuh kecaman, tidak semua perkara perlu dijawab untuk menjaga hati sendiri dan orang lain.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas