Oh! Artis
Ibu Ameera Khan Dipertikai Gara-Gara Bergambar Mesra Dengan Jefri Nichol
Netizen beri pelbagai reaksi ketika lihat hubungan rapat ibu Ameera Khan dan Jefri Nichol.
Baru-baru ini, satu video yang memaparkan ibu kepada Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini bergambar bersama teman lelaki anaknya, Jefri Nichol telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
Apa yang menjadi isu ialah tindakan Kartini yang dilihat selesa memeluk Jefri ketika bergambar, walaupun tiada sebarang pertalian darah antara mereka.
Netizen persoalkan sikap ibu dan anak
Perkara itu membuatkan warganet berasa kurang senang dan menegur tindakannya yang seakan mengambil ringan soal batasan sesama Islam.
Dalam masa sama, ada juga yang mengecam sikap Ameera yang sering dilihat bebas mempamerkan kemesraan bersama aktor itu. N
etizen beranggapan ia mungkin berpunca daripada ibunya sendiri yang tidak kisah tentang hal tersebut.

Malah, ada pula yang membuat andaian lebih jauh dengan mengatakan barangkali Ameera dan Jefri sudah pun mendirikan rumah tangga, menyebabkan Kartini tidak merasa janggal untuk memeluk pelakon terbabit.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM