Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Menangis Terharu Dapat Main Muzik Dengan Tun Hasmah

Ohmedia bella astillah tun siti hasmah

Oh! Artis

Bella Astillah Menangis Terharu Dapat Main Muzik Dengan Tun Hasmah

Bella Astillah kongsi momen menyentuh hati bersama Tun Hasmah dan Tun M. Siap dijemput makan tengah hari!

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan sebak selepas diberi peluang yang sangat luar biasa. Ini apabila dia dapat membuat persembahan bersama isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Hasmah Mohd Ali.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkongsi pengalaman itu dalam satu hantaran di Instagram dan menyifatkan ia sebagai satu kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Saya tak percaya pada mulanya sampailah saya nampak sendiri mesej tersebut sebab tak pernah terfikir, walau dalam sejuta tahun sekali pun perkara ini akan berlaku. Alhamdulillah.

Main muzik sebelah Tun Hasmah sambil bergelak ketawa…

Dalam perkongsian tersebut, Bella sempat menggambarkan suasana penuh harmoni ketika mereka sama-sama bermain muzik dan berborak mesra.

IKLAN

Hari ini saya berpeluang untuk berjumpa dan bermain muzik bersebelahan dengan Tun Hasmah, berkongsi cerita dan bergelak ketawa.

Momen ini jelas sangat istimewa buat Bella, apatah lagi dapat berinteraksi secara dekat dengan tokoh wanita yang cukup dihormati rakyat Malaysia.

Tun M ajak makan tengah hari, Bella sampai menangis…

Lebih manis lagi, Bella turut dijemput untuk makan tengah hari bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Hasmah. Meskipun sudah terlewat untuk ke kelas, Bella tetap memilih untuk hadir kerana tidak mahu lepaskan peluang berharga itu.

Tun M dan Tun Hasmah dengan baik hati menjemput saya untuk makan tengah hari bersama mereka walaupun saya sudah lambat untuk ke kelas (sejujurnya saya langsung tak kisah).

Tambah Bella, dia tidak mampu menahan air mata kerana terlalu terharu melihat sikap rendah diri dan baik hati kedua-dua tokoh negara itu.

Saya menangis sekejap, mereka berdua sangat baik dan telus. Semoga Allah SWT akan terus kurniakan kesihatan yang baik untuk mereka berdua.

Rata-rata netizen yang melihat hantaran itu turut tumpang gembira dan menganggap Bella sangat bertuah kerana diberi peluang berjumpa dengan pasangan negarawan tersebut dalam suasana yang cukup santai dan bermakna.

Ada juga yang memuji cara Bella menghargai momen itu dengan penuh rendah diri dan kesyukuran – sesuatu yang jarang dilihat dalam kalangan selebriti.

Pssttt! Kadang-kadang, peluang luar biasa datang tanpa kita sangka, tapi hanya akan hadir kepada mereka yang sabar, ikhlas dan rendah diri. Macam Bella, dia tak pernah jangka dapat jemputan sebegitu, tapi rezeki datang juga. Jadi korang, teruskan jadi versi terbaik diri sendiri. Jaga adab, jaga hati, dan sentiasa bersyukur. Mana tahu satu hari nanti, giliran korang pula dapat peluang emas macam ni.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas