Oh! Artis
“Cuba Pakai Nampak Mahal Sikit” – Baju ‘Off-Shoulder” Bella Astillah Di Majlis Tun M Dikecam
Penyanyi Bella Astillah dikecam kerana memakai pakaian dedah bahu ketika berjumpa Tun Mahathir dan isteri.
Nama Bella Astillah sekali lagi jadi sebutan netizen apabila tular video memaparkan dirinya bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menghadiri majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah.
Dalam rakaman tersebut, Bella mengenakan gaun labuh jenis ‘off-shoulder’ dan tampil dengan gaya rambut dilepaskan sepenuhnya.
Penampilan jadi bualan netizen
Sepanjang majlis, dia dilihat berada berdekatan dengan Syed Saddiq sambil berbual mesra dengan pasangan negarawan itu.
Namun, kehadiran Bella dalam majlis itu mencetuskan pelbagai reaksi. Ramai pengguna media sosial mempersoalkan pemilihannya berpakaian sedemikian, lebih-lebih lagi apabila ia berlangsung dalam suasana rasmi yang turut dihadiri tokoh penting negara.
Baju dedah bahu dikecam netizen

Sesetengah peminat turut meluahkan rasa kecewa kerana menganggap penampilan sebegitu kurang sesuai dan tidak mencerminkan imej sopan.
Cubalah pakaian tu nampak mahal sikit… bergaul dengan orang tua pun nak pakai tunjuk bahu… macam tak ada hari lain dah.
Di sebalik kritikan, masih ada yang mengambil pendekatan positif dengan menitipkan doa agar Bella suatu hari nanti mendapat hidayah dan memilih untuk berubah ke arah lebih baik sebagai seorang wanita Muslimah sejati.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM