Connect with us

Oh! Media

“Azabnya Mulut Awak Ini” – Jasmin Hamid Kecil Hati Dikecam Bersuamikan Lelaki Muda, Dikritik Muka Macam Nenek

Ohmedia  Jasmin Hamid

Oh! Artis

“Azabnya Mulut Awak Ini” – Jasmin Hamid Kecil Hati Dikecam Bersuamikan Lelaki Muda, Dikritik Muka Macam Nenek

Berkahwin dengan lelaki muda salah, kahwin dengan lelaki tua pun salah, ish macam-macamlah netizen ni…

Baru-baru ini, pelakon veteran Jasmin Hamid dikecam warganet gara-gara berkahwin dengan lelaki muda dan menyelar dirinya ‘nenek’ seolah-olah mempersenda usianya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan dirinya tidak serasi dengan pasangan jodohnya itu. Aduh, netizen ni pun.

IKLAN

Aktres veteran itu akui dia ada rasa kecil hati dan bengang dengan kecaman itu, malah Jasmin menyifatkan individu tidak bertanggungjawab itu telah menghina ciptaan Allah.

Jasmin Hamid

Astaghfirullah, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak. Awak pun bukan pengikut media sosial saya.

Masuk ‘rumah’ saya tinggalkan komen begini. Awak tahu tak awak sudah sakitkan hati saya dan paling penting awak menidakkan kebesaran Allah.

Memetik laporan dari Kosmo, Jasmin memaafkan tindakan biadap pengguna laman sosial dan mengingatkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Malah, dia juga menitipkan pesanan agar individu berkenaan lebih berhemah dan menjaga tutur bicara ketika memberi komen di laman media sosial orang lain.

Macam itulah juga saya bila dijodohkan dengan suami muda yang sememangnya rezeki dan ketentuan Allah.

Tidak mengapa, saya maafkan kekhilafan awak dan doakan awak dapat hidayah supaya menjadi manusia yang lebih baik dapat memberi manfaat kepada orang lain.

BACA: “Dah Jatuh Miskin Ke?” – Jasmin Hamid Kena Sindir Gara-Gara Pakai Wira Lama

Terdahulu, pelakon veteran Jasmin Hamid apabila dia disindir jatuh miskin gara-gara menggunakan Proton Wira.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas