Connect with us

Oh! Media

Ayda Jebat Mahu Jaga Maruah Suami, Tak Mahu Terima Lakonan Mesra Dan Bersentuhan

ayda jebat

Oh! Artis

Ayda Jebat Mahu Jaga Maruah Suami, Tak Mahu Terima Lakonan Mesra Dan Bersentuhan

Penyanyi dan pelakon wanita, Ayda Jebat sudah tidak mahu lagi menerima babak lakonan mesra atau bersentuhan dengan pelakon lelaki lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Ayda Jebat Respon Video Suami Cium Ketiak, Minta Peminat Jangan Lihat Dari Sudut Negatif

Itulah pengakuan dari Ayda sendiri kerana mahu menjaga maruah suami.

Malah, penyanyi lagu Pinjamkan Hatiku itu berkata, babak terlebih mesra atau keterlaluan tidak semestinya perlu ada dalam filem atau drama bagi memberi impak tertentu.

Terfikir macam mana penerimaan pasangan?

Kadang-kadang bila tengok cerita babitkan pelakon yang dah berkahwin dan buat aksi-aksi tak sepatutnya ataupun melampau, terfikir juga bagaimana agaknya penerimaan pasangannya?

Memanglah saya pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan dah dipegang. Saya dah tak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.

Drama Korea tak perlu sentuh tapi dah boleh buat penonton tersenyum

Jelas Ayda, era itu sudah berlalu dan dia perlu mendidik peminat dan penonton dimana industri tidak memerlukan filem sebegitu.

Baginya, banyak sahaja filem atau drama seperti dari Korea Selatan yang tidak memerlukan babak bersentuhan tetapi masih membuatkan penonton tersenyum dan berbunga-bunga.

Tak mahu malukan nama keluarga

Sekarang ni saya bukan bawa nama Ayda Jebat saja tapi saya juga bawa nama suami dan nama keluarga. Jadi, malulah. Mungkin dulu saya pun tak bagus, tapi lepas ini saya dah tak nak.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas