Connect with us

Oh! Media

Tak Sampai Berapa Hari Kongsi Resume, Taufiq Hanafi Sudah Dilamar Singapura Dan Indonesia

Ohmedia taufiq hanafi ohmedia

Oh! Artis

Tak Sampai Berapa Hari Kongsi Resume, Taufiq Hanafi Sudah Dilamar Singapura Dan Indonesia

Siapa tak kenal watak Ustaz dalam filem Paskal memang tak patutlah. Apapun, Taufiq Hanafi baru-baru ini buat tindakan berani yang jarang kita sebagai peminat dapat tengok iaitu dengan memuat naik resume dirinya secara terbuka di media sosial.

Image

Perkongsian berani itu dilihat baik kerana ia mungkin dapat membuka peluang baru dalam kerjayanya sebagai pelakon. Apapun, ada juga yang cakap tindakan itu seperti menunjukkan dirinya sudah tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon.

Namun, pelakon berusia 34 tahun ini tampil memberi penjelasan sebenar di sebalik tindakan tersebut.

IKLAN

“Saya masih aktif dalam karier seni..”- Taufiq Hanafi.

Image

Menurut Taufiq, resume itu bukanlah tanda dia tiada tawaran kerja tetapi ia hanyalah usaha untuk meluaskan peluang dalam karier seni dan profesionalnya.

Saya hanya cuba nasib nak besarkan peluang, bukannya tiada tawaran berlakon. Syukur Alhamdulillah, tawaran kerja masih konsisten. Malah, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran bulan lalu.- Katanya.

Tambahnya lagi, tindakan ini tercetus selepas melihat rakan-rakan lain dalam industri turut melakukan perkara yang sama.

Bila kawan-kawan kongsi benda ini, saya pun terfikir nak cuba. Mana tahu rezeki kita lebih besar.- Jelasnya.

Taufiq Hanafi mula terima panggilan kerja luar negara…

Img 2300 2

Apa yang mengejutkan, tindakan tersebut membuka peluang kerja di negara luar. Taufiq mendedahkan bahawa beberapa agensi bakat dari Singapura dan Indonesia telah mula menghubunginya selepas resume itu viral.

Semalam (Jumaat), ada agensi bakat dari Singapura dan Indonesia hantar mesej. Walaupun belum ada kepastian, sekurang-kurangnya ada hikmah. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya berharap dapat lebih banyak tawaran daripada produksi tempatan juga.- Ujarnya penuh harapan.

Ada banyak rakaman yang menanti untuk ditayangkan…

Image

Walaupun ramai yang salah faham dan menganggap dia ‘tiada job,’ Taufiq tidak cepat melatah. Malah, dia menegaskan bahawa banyak drama dan filem yang dibintanginya sedang menunggu tayangan.

Bila orang kata saya tiada job, saya hanya mampu senyum. Banyak drama dan filem saya terlibat, malah ada drama yang saya pegang watak utama. Sebagai pelakon, saya pun tak boleh tentukan bila karya itu akan ditayangkan.- Katanya.

Taufiq juga berjanji akan memukau peminat dengan sisi lakonannya yang lebih mantap dalam drama dan filem akan datang.

#OhmediaNasihat

Usaha seperti Taufiq Hanafi ini patut dijadikan inspirasi! Kadang-kadang, kita perlu berani mengambil langkah yang luar biasa untuk membuka pintu rezeki. Kalau ada peluang, jangan segan mencuba, kerana rezeki tak pernah salah alamat.

Ohmedia taufiq hanafi ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas