Connect with us

Oh! Media

LEKAS Ditutup Sementara 28 Hingga 29 November, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna

ohmedia ohmedia featured highway lekas

Trending

LEKAS Ditutup Sementara 28 Hingga 29 November, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna

Lebuhraya LEKAS akan ditutup sementara dari 6 petang 28 November hingga 4.30 pagi 29 November sempena RHB LEKAS Highway Ride 2026.

Intipati Berita

  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup sementara dari jam 6 petang, 28 November hingga 4.30 pagi, 29 November.
  • Penutupan ini memberi laluan kepada acara berbasikal RHB LEKAS Highway Ride 2026.
  • Pengguna dinasihatkan menggunakan Laluan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS sebagai alternatif.

Pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) diingatkan bahawa lebuh raya tersebut akan ditutup sementara mulai jam 6 petang pada Sabtu ini, 28 November, hingga 4.30 pagi keesokan harinya.

Penutupan tersebut memberi laluan kepada edisi ke-11 acara berbasikal RHB LEKAS Highway Ride 2026.

IKLAN

Sembilan persimpangan Lebuhraya LEKAS terlibat

ohmedia featured lekas

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd, Chua Lay Hoon, penutupan itu melibatkan sembilan persimpangan dan 20 laluan masuk dan keluar, bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga Persimpangan Paroi.

Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan para peserta.

LEKAS mendapat sokongan dan kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi melancarkan acara berbasikal ini.

Kerjasama yang berterusan ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan acara berbasikal ini berjalan dengan selamat melalui penyelarasan yang berkesan selain menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.

Laluan alternatif

ohmedia featured lekas 2

Sepanjang tempoh penutupan, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras dan Kajang) serta selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan menggunakan Laluan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS untuk ke destinasi masing-masing.

Pengguna juga diminta mematuhi papan tanda serta mengikut arahan anggota trafik yang bertugas.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi talian infoline LEKAS yang beroperasi 24 jam di 1-800-88-8021, atau merujuk media sosial rasmi LEKAS:

  • X: @LEKAStrafik
  • Facebook: LEKAS Highway
  • Instagram: lekashighway

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas