Hari ini kecoh tentang Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir selepas Ayda telah menaikkan video di IG strory menunjukkan Nabil sedang bermanja dengannya dengan mencium bahagian pipi dan ketiak Ayda.
Ayda sebelum itu telah dihubungi Harian Metro dan mengakui tidak mampu mengawal sikap netizen yang tidak henti mengecam.
Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka begitu suppotif dan mendoakan agar kebahagiaan saya dan Nabil terus berkekalan.
Daripada perkongsian saya itu, ada juga pasangan yang berasa sedih dan cemburu apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu. Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan lucah sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin. – Katanya.
Selepas menerima banyak teguran dari peminat dan netizen, Ayda bagaimanapun tambil memohon maaf dan sedar yang perkongsian itu kurang baik untuk ditonton umum.
Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan.
Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang positif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini. – Katanya.
Ohmedia yakin netizen boleh faham dan tak salahkan hak Ayda untuk berkongsi kebahagian mereka. Mungkin apa yang terjadi inilah yang menjadi kesedaran buat Ayda untuk lebih berhati-hati bila berkongsi.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!