Trending
Whulandary Dakwa Adegan Mesra Dengan Aiman Hakim Sudah Direstui, Ini Apa Kata Zahirah Macwilson
Zahirah MacWilson tampil tegur Whulandary yang didakwa tokok tambah cerita konon dapat izin lakon adegan mesra dengan Aiman.
Pelakon cantik, Zahirah MacWilson baru-baru ini meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan rakan artis dari Indonesia, Whulandary Herman yang didakwa telah menokok tambah cerita berkaitan dirinya dan suami, Aiman Hakim Ridza.
Menurut laporan mStar, Zahirah berkata kenyataan yang diberikan Whulandary kepada media boleh mengundang salah faham netizen, seolah-olah dia mengizinkan segala adegan yang dilakonkan suaminya bersama pelakon wanita tersebut.
Apa yang saya bimbang sekarang adalah kenyataan yang dibuatnya itu akan menimbulkan banyak salah faham.
“Saya tak pernah kata saya izinkan” – Zahirah Macwilson

Walaupun mengakui Whulandary ada menghubunginya menerusi DM Instagram, Zahirah menjelaskan bahawa mesej itu hanya bersifat makluman, bukan permintaan izin seperti yang disampaikan kepada media.
Rasanya dalam mesej yang dihantar tiada langsung menyebut saya sangat memahami selain memintanya jangan risau kerana Aiman sudah bercerita kepada saya.
Tambah Zahirah lagi, tiada pun perbincangan soal adegan mesra seperti yang digambarkan dan dia hanya membalas ringkas dengan ucapan selamat berjaya untuk projek yang sedang dijalankan.
Zahirah sudah maafkan, tapi tetap terkilan

Enggan memanjangkan isu, Zahirah menyatakan dia sudah memaafkan Whulandary, walaupun agak terkilan dengan kenyataan yang dibuat pelakon itu.
Saya tak jangka akan dapat mesej seperti itu, kemudian ditokok tambah walaupun ada yang saya tidak cakap. Tapi mungkin dia gemuruh hingga berkongsi perkara yang tidak berlaku.
Bagi Zahirah, sebagai pelakon, profesionalisme di set lebih penting berbanding drama luar kamera.
Pssttt! Dalam dunia seni, batas profesional perlu dijaga. Hormat dan telus dalam komunikasi boleh elakkan salah faham yang boleh jejaskan nama baik orang lain.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM