Connect with us

Oh! Media

“Ambil Aku Je lah, Janji Akan Beri Yang Terbaik” – Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi DJ Radio

zarina

Oh! Artis

“Ambil Aku Je lah, Janji Akan Beri Yang Terbaik” – Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi DJ Radio

Kebelakangan ini, kecoh beberapa isu mengenai penyampai radio dan menjadi antara topik hangat yang dibual oleh netizen di media sosial.

ADVERTISEMENT

Terbaharu, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie telah meninggalkan komen pada sebuah hantaran video memaparkan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin sedang memberi ucapan telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Aminuddin menyifatkan prestasi penyampai radio DJ Lin sangat baik dan tiada sebab untuk dia diberhentikan walaupun mendapat gesaan ramai pihak baru-baru ini.

Namun, tindakan Zarina atau mesra dipanggil Anju yang meninggalkan komen pada hantarn itu telah mencuit hati netizen.

Ujar Anju, pihak SMRG boleh mengambilnya bekerja sebagai penyampai di stesen Suria FM dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik.

Ambil aku je lah jadi dj radio. Aku ni dah la janda sendu, miskin pula tu. Insya-Allah aku akan berikan (khidmat) yang terbaik.

Menariknya, komen tersebut telah menarik perhatian warganet rata-ratanya terhibur dengan kata-kata aktres berusia 38 tahun itu.

BACA: “Kemenangan Di ABP Tidak Membantu…” Data Pendengar Suria Petang Kendalian DJ Tyzo Tunjukkan Penurunan

Sebelum ini, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Kumpulan Star Media Radio sendiri tampil menjelaskan apa yang berlaku daripada mula isu timbul.

Semalam, sebuah sidang media khas telah diadakan susulan beberapa kontroversi yang melanda stesen radio Suria FM membabitkan penyampai radio, Tyzo Xander dan DJ Lin.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas