Connect with us

Oh! Media

“Kemenangan Di ABP Tidak Membantu…” Data Pendengar Suria Petang Kendalian DJ Tyzo Tunjukkan Penurunan

tyzo

Oh! Artis

“Kemenangan Di ABP Tidak Membantu…” Data Pendengar Suria Petang Kendalian DJ Tyzo Tunjukkan Penurunan

Sebentar tadi sudahpun berlangsung sidang media daripada pihak pengurusan tertinggi stesen radio Suria FM bagi menjelaskan isu melibatkan DJ Tyzo.

ADVERTISEMENT

BACA: Suria FM Umumkan Barisan DJ Radio Bagi Tahun 2024 Selepas Ketiadaan DJ Tyzo

Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Kumpulan Star Media Radio sendiri tampil menjelaskan apa yang berlaku daripada mula isu timbul.

Beliau menjelaskan telah menilai melalui dua aspek utama iaitu dari segi jumlah pendengar dan kewangan syarikat. Jadi, melihat daripada aspek jumlah pendengar, segmen Suria Petang yang dikendalikan DJ Tyzo tidak mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi dan menunjukkan penurunan.

Tyzo tolak penawaran kontrak satu tahun dan memilih kontrak enam bulan…

Selepas ambil kira semua aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan dengan Suria. Keputusan ini saya buat dan arahan telah diberikan kepada pengurusan.

Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu juga tidak membantu menaikkan jumlah pendengar. Malah segmen lain lagi tinggi jumlah pendengar.

DJ Lin jadi mangsa keadaan…

Dalam pada itu, Datuk Aminuddin turut berpendapat DJ Lin hanya menjadi mangsa keadaan untuk dipersalahkan dalam kes Tyzo.

Ramai yang kecam dan menuduh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.

Datuk Aminuddin dalam pada itu menyatakan gaji Tyzo akan tetap dibayar sehingga Mac nanti mengikut kontrak yang telah diputuskan. Oleh sebab itu, beliau berharap agar isu ini ditamatkan jika tidak mereka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas