Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Dikecam Tak Ucap Selamat Hari Jadi Anak Kandung

Ohmedia ibu Aliff Aziz

Oh! Artis

Aliff Aziz Dikecam Tak Ucap Selamat Hari Jadi Anak Kandung

Netizen pertikai Aliff Aziz tak beri ucapan ulang tahun buat anak-anaknya.

Nama penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz kembali menjadi sebutan apabila warganet mendakwa dia tidak mengucapkan selamat hari jadi kepada anak-anak kandungnya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Perkara ini timbul selepas Aliff berkongsi satu posting di Instagram yang hanya memaparkan video throwback dia sedang menyanyi di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura. Namun, tiada sebarang hantaran atau ucapan yang menyentuh tentang ulang tahun kelahiran anak-anaknya yang diraikan baru-baru ini.

Netizen persoal tindakan Aliff Aziz di ruangan komen…

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkilan dengan sikap Aliff. Ada yang mempersoalkan keutamaan Aliff dalam hidup, terutamanya bila melibatkan anak-anak kandung sendiri.

IKLAN

Anak sambut birthday, tapi ayah busy throwback nyanyi. Hm…- Tulis seorang pengguna.

Namun begitu, dalam lautan kritikan, masih ada juga yang tampil memberikan kata-kata positif dan menyokong Aliff agar terus kuat menghadapi dugaan hidup.

Semoga terus maju ke depan Aliff. Semua orang ada masa silam dan masa sukar masing-masing.- Tulis seorang netizen.

Netizen berbelah bahagi, ada yang minta beri ruang…

Walaupun ramai yang mempertikai, ada juga yang mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum.

Kadang-kadang kita tak tahu cerita penuh. Mungkin dia ada contact secara peribadi. Tak semestinya semua kena tunjuk di media sosial.- Ujar seorang pengikutnya.

Dalam masa yang sama, ramai juga menyuarakan harapan agar Aliff memperbaiki hubungan kekeluargaan dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa, walau apapun yang sedang berlaku.

Pssttt! Korang, dalam dunia penuh tekanan sosial media ni, kadang-kadang kita lupa yang tak semua benda perlu dipamerkan untuk umum. Tapi, bila melibatkan keluarga terutama anak-anak, sekecil-kecil perhatian pun boleh jadi besar maknanya buat mereka. Ohmedia harap Aliff Aziz ambil peluang untuk rapat semula dengan anak-anaknya dan buktikan kasih sayang tak semestinya dengan posting, tapi dengan kehadiran dan perhatian yang konsisten.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas