Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Akui Khilaf Dan Lalai, Akur Permintaan Bella Astillah Untuk Tidak Berlakon Dengan Sophia

alif aziz

Oh! Artis

Aliff Aziz Akui Khilaf Dan Lalai, Akur Permintaan Bella Astillah Untuk Tidak Berlakon Dengan Sophia

Akhirnya terjawablah sudah semua tanda tanya mengenai siapa pelakon wanita yang mengaku tersayang Aliff Aziz, suami kepada Bella Astillah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cakap Love You” – Bella Astillah Dedah Mesej Perbualan, Sophia Albarakbah Takut Mak Ayah Tahu

Sejak isu ini menjadi hangat, rata-rata sudah menjangkakan pelakon wanita, Sophia Al Barakbah adalah wanita yang dikatakan Bella.

Sebentar tadi, ketika sidang media drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, Aliff Aziz menegaskan bahawa isterinya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. Ini karana ramai mengatakan Bella hanya membuat tuduhan tanpa bukti.

Aliff akui apa terjadi kerana silap dirinya sendiri…

Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.

Aliff turut merasakan dirinya dan Sophia terbawa-bawa perasaan yang dicipta untuk menjayakan watak kerana tiada sesi bacaan skrip dilakukan.

Dalam pada itu, Aliff berharap agar apa yang berlaku ini tidak berlarutan serta akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia selepas ini demi menghormati isterinya.

@kopiplanet

Aliff Aziz akur permintaan isteri, tidak akan berlakon lg dgn Sophia Albarakbah… #fyp #foryourpage #foryoupage #artis #malaysia #aliffaziz #sophiaalbarakbah

♬ original sound – KopiPlanet.com – KopiPlanet.com

Dalam pada itu, ramai netizen memujinya kerana berani berdepan dengan media dan lebih matang ketika menjawab soalan berbanding dengan dirinya dahulu. Nampaklah yang Aliff yang dahulu bukannya yang sekarang. Apapun, kita doakan agar hubungan suami isteri antara Aliff dan Bella kekal bahagia hingga akhir hayat.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas