Connect with us

Oh! Media

(Video) Digelar Sebagai Anak Bab*, Aeril Zafrel Teruk Diserang Netizen Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka

0a341a51 ff93 4e3f b0e4 d90109741126

Oh! Artis

(Video) Digelar Sebagai Anak Bab*, Aeril Zafrel Teruk Diserang Netizen Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka

Sebelum ini, viral sebuah video yang merakamkan suasana ketika acara pertunjukan fesyen tempatan yang didakwa tidak mematuhi standard operasi standard (SOP).

Lebih menarik perhatian apabila pelakon Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal juga menjadi salah seorang jemputan selebriti yang hadir pada malam itu. 

Video viral itu dikatakan telah menjadi bualan hangat diantara netizen di sosial media seperti Facebook dan Twitter. Rata-rata netizen yang melihat telah meluahkan rasa tidak puas hati dan ada juga yang mempersoalkan tindakan Aeril yang dilihat tidak memakai pelitup muka ketika acara berlansung.

IKLAN

Namun, pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel, 33, telah menafikan dakwaan yang dia langsung tidak mengenakan pelitup muka (mask) ketika berada di pertunjukan fesyen jenama tempatan itu pada Rabu lepas.

Cfe9e533 6bb0 4606 bec5 9e3dee781493

Aeril berkata ketika rakaman video itu dibuat dia sedang duduk di kerusi yang disediakan pihak penganjur.

Enggan memanjangkan isu tersebut, pemilik nama Suhairil Sunari memohon maaf secara terbuka di laman Twitter miliknya.

7229d288 f7aa 4980 92d2 a20ead20c205

Sepanjang majlis saya pakai saja mask. Cuma waktu dah duduk tu saya buka sekejap. Tapi masa tu juga ada org rakam. Mintak maaf ya.

Saya salah. Banyak kali dah saya mintak maaf ni.

4abe385b 74ae 49cd 9a93 a63be8af771a


Dah mintak maaf dan dah mengaku kesilapan. Takpa selagi aku belum tidur ni aku explain la satu-satu. – Komen Aeril kepada netizen yang tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, pelakon Tercipta Satu Ikatan itu turut meluahkan rasa bengang apabila ada netizen yang tergamak menggelarkannya sebagai anak b***.

68fb23af 8a17 4fb8 80d2 ff60ac96110b

Saya tahu saya salah, sebab waktu itu buka mask. Tapi nak cakap saya anak b*** saya tak boleh terima.

Mak ayah saya dah meninggal. Kenapa nak b***kan mereka?. – Balas Aeril.

Yang membezakan kita dengan binatang adalah akal dan kalau ye pun marah, jangan lah sampai nak samakan mak ayah orang lain dengan binatang.

Kredit: Aeril Zafrel, Afqar

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas