Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Sebenar Daging Harimau Menangis ‘Simple’ Oleh Khairul Aming

20230328 114945 0000

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Sebenar Daging Harimau Menangis ‘Simple’ Oleh Khairul Aming

Sewaktu Oh Media tengah scroll TikTok, kebetulan nampak pempengaruh terkenal Khairul Aming masak menu Daging Harimau Menangis. Ya Allah, sedapnya tengok.

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Nasi Ayam Mandy Ala Timur Tengah

Jadi, jom kita cuba menu itu juga untuk berbuka puasa nanti! Hasil perkongsian hidangan khas oleh Khairul Aming.

IKLAN

Daging Harimau Menangis

@khairulaming

Puasa Ke-5 : Daging Harimau Menangis rawrrr. Tapi yang ni kita buat simple version guna sos thai hijau. Untuk menu hari ni aku nak ajak @Nuar Yusli @isaac osman @teroqa buatkan untuk berbuka. Kalau korang plan nak buat video masak, jangan lupa guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okeh 😁

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Bahan-bahan untuk daging:

  1. 500gm daging lembu (Rib eye) bahagian lemak
  2. Sos tiram
  3. Sos ikan
  4. Gula perang
  5. Lada hitam

Cara-cara membuat daging:

  1. Potong kecil daging lembu, pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
  2. Gaul daging bersama dua sudu sos tiram, satu sudu sos ikan, satu sudu gua perang dan sedikit lada hitam.
  3. Biarkan ia perap seketika.
  4. Masak daging menggunakan kuali yang panas.
  5. Setelah siap dimasak, boleh angkat daging untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk sos Thai hijau:

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 8 biji cili padi hijau
  3. Gula
  4. Sos ikan
  5. 2 biji limau nipis
  6. Daun ketumbar

Cara membuat sos Thai hijau:

  1. Tumbuk bawang putih bersama cili padi hijau hingga lumat.
  2. Masukkan tiga sudu gula dan satu sudu sos ikan.
  3. Perahkan limau nipis ke dalam sos.
  4. Masukkan sedikit daun ketumbar.
  5. Kacau hingga rata.

Senang saja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas