Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Mudah Nasi Ayam Mandy Ala Timur Tengah

20230327 122957 0000

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Nasi Ayam Mandy Ala Timur Tengah

Bila lalu dekat bazar Ramadan, mesti kadang kita akan nampak ada peniaga jual nasi ayam mandy bukan? Tapi bila memikirkan nasib poket yang tengah kering, lebih baik kita buat sendiri.

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Tomyam Putih Ala Kedai Thai

Jadi, jom! Hari ini Oh Media akan kongsikan resepi mudah membuat nasi ayam mandy ala timur tengah.

IKLAN

Resepi nasi ayam mandy

Image 207

A. Untuk ayam

Bahan-bahan:

  1. Ayam 1/2 ekor
  2. 1 kiub pati ayam
  3. 1/2 sudu jintan manis
  4. 1/2 sudu ketumbar
  5. 1/2 sudu biji lada hitam
  6. 1 biji bawang besar dipotong 4
  7. 1 batang cili hijau/merah dipotong 2
  8. 1 biji tomato dipotong 4
  9. Garam

Cara memasak ayam:

  1. Rebus ayam selama 30 minit bersama semua bahan di atas.
  2. Ketepikan ayam dan letak dalam bekas berasingan.
  3. Simpan air rebusan ayam kerana sebahagian air rebusan akan digunakan bagi memasak nasi dan sebahagian lagi untuk sup.
  4. Lumurkan kunyit dan kicap manis pada ayam dan perapkan sekejap.
  5. Kemudian panggang ayam tersebut hingga warna keperangan.

B. Untuk nasi

Bahan-bahan:

  1. Beras basmathi 3 cawan
  2. 1 sudu marjerin*
  3. Daun kari*
  4. 1/2 sudu jintan manis*
  5. 1/2 sudu biji ketumbar*
  6. 1 batang kulit kayu manis*
  7. Air rebusan ayam
  8. Pewarna merah / kuning

Cara memasak nasi:

  1. Rendamkan beras basmathi lebih kurang 30 minit.
  2. Seterusnya tumiskan bahan-bahan bertanda * dalam senarai di atas.
  3. Setelah naik bau, masukkan beras yang direndam dan gaulkan. Kemudian, beras tersebut boleh dimasukkan ke dalam periuk nasi.
  4. Tambahkan air rebusan ayam ikut paras masak nasi yang sesuai.
  5. Masukkan sekali tulang ayam, kaki dan leher bersama bahan-bahan dalam sup yang direbus tadi seperti tomato, bawang, lada dan lain-lain.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Bila nasi masak, buka penutup dan titiskan sedikit pewarna kuning dan merah. Gemburkan nasi menggunakan garfu.
  8. Taburkan daun sup / ketumbar.

C. Untuk acar

Bahan-bahan:

  1. 4 biji tomato dipotong dadu
  2. Timun dihiris halus
  3. Kobis dihiris halus
  4. Lobak merah dihiris halus
  5. Perahan lemon
  6. Garam
  7. Gula

Cara membuat acar:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

D. Untuk sambal

Bahan-bahan:

  1. 1 biji bawang besar dihiris halus
  2. 1 biji tomato dihiris halus
  3. 2 biji tomato saiz sederhana*
  4. 2 batang cili besar*
  5. 10 batang cili padi*
  6. Garam*
  7. Gula*
  8. Perahan air asam jawa / lemon*

Cara membuat sambal:

  1. Kisar semua bahan bertanda * dalam senarai di atas.
  2. Hiris halus bawang besar dan tomato.
  3. Gaulkan bersama semua bahan hingga sebati.

Siap untuk dihidang, selamat mencuba!

Kredit: Sirap Limau

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas