Connect with us

Oh! Media

FAM Dan Faisal Abdul Halim Didenda AFC!

Ohmedia fam Faisal Halim

Oh! Arena

FAM Dan Faisal Abdul Halim Didenda AFC!

FAM dan Faisal Halim didenda oleh AFC kerana lewat mula dan gagal hadir sidang media.

Nasib malang terus menimpa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila dikenakan denda keseluruhan sebanyak AS12,500 (kira-kira RM51,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut laporan Kosmo, FAM didenda atas dua kesalahan berasingan ketika aksi kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada 18 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mula lewat, didenda RM10,192

Fam Harimau Malaya

Menurut kenyataan AFC, separuh masa pertama perlawanan bermula lewat 1 minit 20 saat, manakala separuh masa kedua pula lewat 1 minit 30 saat. Disebabkan itu, FAM melanggar Artikel 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC dan dikenakan denda AS2,500 (RM10,192).

IKLAN

Faisal Halim tak hadir sidang media

Faisal Halim

Lagi berat, FAM didenda RM40,770 kerana gagal memastikan pemain terbaik perlawanan, Faisal Abdul Halim hadir ke sidang media selepas tamat perlawanan. Ia melanggar Artikel 4.3.8 dan Artikel 31.3 Peraturan Pertandingan Piala Asia 2027.

Faisal sendiri turut dikenakan denda berjumlah sama, RM40,770 kerana tidak menghadiri sidang media, walaupun telah diminta secara rasmi oleh AFC.

AFC dalam kenyataannya menegaskan bahawa semua denda ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dimaklumkan, menurut Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Pssttt! Dalam dunia bola sepak profesional, disiplin dan pematuhan peraturan sangat penting. Perkara kecil seperti lewat mula atau tak hadir sidang media pun boleh beri impak besar. Jadi, jangan ambil mudah!

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21

OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas