Connect with us

Oh! Media

Video Raya Pertama Guna “AdGPT”. Alamak! Macam Ada Yang Tak Kena Je….

Iklan Raya Julie's OM

Branded

Video Raya Pertama Guna “AdGPT”. Alamak! Macam Ada Yang Tak Kena Je….

Tak cukup ChatGPT, sekarang ada AdGPT pula? Habislah industri kreatif macam ni. Sampai iklan pun nak harapkan robot buat. Hmmm…

Dengar cerita tahun ni Julie’s nak cuba buat iklan raya pertama guna AdGPT, tapi lain pula yang jadi. 

Nak Sangat ‘Gender Equality’, Tapi Suka Stereotaip? Pula Dah…

Lain macam video raya Julie’s tahun ni, nak sangat bereksperimentasi dengan AdGPT. Sekali kena balik dengan Kecerdasan Buatan (AI)?

Sebenarnya konsep yang diketengahkan Julie’s ni merupakan isu sosial yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat. Kita nak sangat hak kesamarataan jantina, tapi dalam pada masa yang sama kita tak sedar perbuatan atau percakapan kita selalu menstereotip sesuatu jantina.

Siapa Yang Salah, Manusia Atau AI?

Disebalik kecanggihan teknologi masa kini, AI sebenarnya hanya memanipulasi pengetahuan manusia kemudian menterjemahkannya menerusi gambaran digital.

Jadi sebenarnya ‘kita’ sebagai manusia kena kongsi pengetahuan yang betul, sebab AI ni umpama kanak-kanak yang mengikut apa saja yang ‘diajar’. 

Jika salah ajarannya, maka salahlah apa yang diterjemahkan. 

[Amaran spoiler] Dalam video raya ni pun korang boleh tengok bila Hassan minta AI tukar perempuan bawa kereta, AI boleh pula tukar lelaki tapi berpakaian perempuan. Terkedu semua!

Ubah Kebiasan Salah & Tunjukkan Perkara Yang Baik

Tapi jangan putus asa dulu, tak terlambat lagi untuk kita membetulkan kembali apa yang salah dan mulakan segalanya daripada 0-0.

Seperti semangat Hari Raya, kita bermaaf-maafan dan menjernihkan kembali segala salah faham yang terjadi dan bermula semula dari kosong.

Julie’s mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Dapatkan Julie’s Love Letters di pasaraya berhampiran korang untuk dihidangkan semasa raya. Maklumat lanjut korang boleh layari Julie’s dan ikuti mereka di Facebook, Instagram dan You Tube.  

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas