Connect with us

Oh! Media

Shopping & Menang Yamaha MT-25, Vespa Sprint, Honda Beat & Banyak Lagi Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

Branded

Shopping & Menang Yamaha MT-25, Vespa Sprint, Honda Beat & Banyak Lagi Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

“Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, di mana kemewahan sentiasa menjadi mampu milik”

Ramadan yang kita nanti-nantikan telah pun tiba, sekarang mesti ramai yang tak sabar nak tunggu ketibaan Hari Raya pula kan? Mesti ramai yang dah mula shopping baju raya, kasut raya, beg raya, dan macam-macam lagi lah!

Haa kalau korang nak cari semua barang-barang untuk raya yang berjenama, berkualiti dengan harga yang berpatutan, korang kena pergi Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sebab dekat sini lengkap dengan pelbagai jenama. Jadi, senang lah nak cari semua barang dekat satu tempat saja.

Tambah pula sempena Ramadan dan Raya tahun ni, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ada sediakan macam-macam ganjaran dan promosi menarik dengan diskaun tambahan untuk dimenangi tau! 

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Dimeriahkan Dengan Hiasan Ramadan Kareem

Terokai hiasan bertemakan ‘Garden’ yang meriah dengan bunga-bunga dan lampu di Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk merasai dan hayati semangat perayaan sambil memanjakan diri dengan shopping Raya.

Yang mana suka ambil gambar dan nak OOTD dekat sini, boleh la bergambar Raya awal dengan hiasan di Sunshine Square ni sebab sangat cantik dan ‘Instagrammable’. Fuh memang dapat rasalah ‘vibe’ raya dekat sini!

Promosi Hebat Raya 2022

Ramai yang tahu setiap kali Raya, mesti akan ada banyak sales! Untungnya, di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada banyak outlet yang tengah buat sales tau. Antaranya, jenama Guess, Furla, Tefal, Skechers, Beryl’s Chocolate, Michael Kors, Coach dengan Ramadan Sale sehingga 65% dan banyak lagi tawaran eksklusif.

Beli & Menang Motosikal Berjenama

Bukan saja korang boleh dapat rasakan keseronokan membeli-belah barangan Raya, tapi korang juga berpeluang memenangi motosikal berjenama!

Cara nak join mudah je tau, korang hanya perlu berbelanja minimum RM300 dalam maksimum 2 resit dan imbas borang dalam talian secara QR yang dipaparkan di Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk penyertaan bermula 1 April – 8 Mei 2022.

4 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk membawa pula Yamaha MT-25, Vespa Sprint atau Honda Beat. Wow!

Putar Dan Menangi Ganjaran Segera

Selain boleh menang motosikal berjenama, korang jugak boleh sertai ‘Spin & Win’ untuk memenangi bermacam-macam lagi hadiah. Menariknya!

Dengan hanya belanja minimum RM300 dalam maksimum 2 resit, korang boleh sertai ‘Spin & Win’ ni. Hanya bawa resit korang ke kaunter penebusan, Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pada tarikh terpilih.

Terhad kepada 250 peserta pertama yang layak setiap hari.

Paket Raya Edisi Terhad

Bukan itu sahaja, bermula 5 April – 8 Mei 2022 korang jugak boleh tebus Paket Hijau Raya edisi terhad ni dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam 1 resit saja! Cepat dapatkan selagi stok masih ada.

Tebus Banyak Lagi Hadiah Istimewa

Korang jugak boleh buat penebusan lain pada tarikh terpilih dan sementara stok masih ada tau. Siapa cepat dia dapat! 

Dapatkan set hadiah coklat Godiva percuma dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dalam maksimum 2 resit untuk pembelian yang dibuat pada hari yang sama dengan kad kredit HSBC bermula 1 April – 8 Mei 2022. Terhad kepada 500 penebusan pertama.

Tebus baucar tunai untuk pembelian seterusnya dengan perbelanjaan minimum RM 200 dalam maksimum 2 resit di mana-mana cawangan di kaunter informasi, Sunshine Square.

Tebus set Reneuf Halal Beauty Mask dengan perbelanjaan minimum RM 250 dalam maksimum 2 resit di kaunter informasi, Sunshine Square.

Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM 400 dalam maksimum 2 resit, korang boleh tebus Petron Miles Points Card pada tarikh terpilih.

Persembahan Istimewa Raya

Dalam pada itu, jangan lupa untuk saksikan Persembahan Tarian Tradisional Melayu pada 23, 24, 30 April & 1 Mei 2022 ini sambil membeli-belah di Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Untuk info lanjut, boleh follow akaun rasmi Facebook dan Instagram Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Selamat menyambut Ramadhan & Raya 2022!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas