Connect with us

Oh! Media

Rancang Aktiviti Raya Korang & Booking Dengan Aplikasi Klook. Tak Perlu Beratur & Siap Ada Diskaun!

Branded

Rancang Aktiviti Raya Korang & Booking Dengan Aplikasi Klook. Tak Perlu Beratur & Siap Ada Diskaun!

“Hai Selamat Hari Raya, kami semua ucapkan…”

Eah rasa macam awal sangat nyanyi lagu raya. Excited betul nak raya tahun ni, manakan tidak dah 2 tahun tak dapat balik meraikan raya di kampung halaman. Kami yakin, pasti ramai yang merindukan suasana berkumpul bersama saudara-mara dan rakan-rakan dan lakukan aktiviti bersama-sama.

Cakap pasal nak buat aktiviti ni, korang dah ada idea ke nak buat apa dengan family, cousin atau kawan-kawan korang? Kalau belum, Oh! Media cadangkan korang download apps Klook untuk terokai aktiviti yang korang nak buat.

Paling best, kalau booking guna apps ni korang boleh dapat diskaun eksklusif tau, untuk pengguna baru pula siap boleh dapat diskaun 10 peratus. Best tu! Klik SINI untuk info lanjut. 

Lagi murah daripada tiket korang beli dekat kaunter. Masih tak tau nak pergi mana? Ni pilihan aktiviti yang korang boleh terokai!

1. ESCAPE Theme Park, Penang

Secara peribadi, ni salah satu theme park yang dah lama kami aim nak pergi. Pada korang yang masih tak tahu, ESCAPE Theme Park ni ada Rekod Dunia Guinness sebab ada Tiub Gelongsor Air Terpanjang di dunia. Alah, yang selalu viral korang tengok kat sosial media tu!

Selain tu, ESCAPE Park ni juga ada macam-macam aktiviti menarik yang boleh dicuba tau seperti zip line, gelongsor di celahan hutan, aktiviti ekstrem, 38 jenis gelongsor air dan banyak lagi.

Kalau korang rasa tak sempat nak buat semua aktivti dalam masa sehari, kami cadangkang korang ambil Tiket Klook Eksklusif 2 Hari 1 malam, dengan Pakej Pengalaman Base Camp Bundle untuk bermalam di ESCAPE. Nikmati suasana taman kontemporari dengan latar belakang persekitaran semula jadi yang menakjubkan di Malaysia. Gerenti enjoy kalau pergi dengan famili dan kawan-kawan.

KLIK SINI untuk tempat tiket ke ESCAPE Theme Park, Penang.

2. Sunway Lagoon, Kuala Lumpur

Tempat ni kalau nak datang korang kena pergi awal sebab ia menawarkan sehingga 90 permainan dan tarikan yang korang tak boleh lepaskan. Kat mana lagi nak dapat semua ni kalau bukan di Sunway Lagoon!

Antara tarikan yang popular kat sini ialah Vuvuzela Monsoon 360, Jungle Fury, Pirates Revenge, dan banyak lagi. Korang juga boleh terokai 6 zon bertema seperti Nickelodeon: Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park, and Extreme Park. Best tu!

Buka tu je, bagi pencinta haiwan di Sunway Lagoon ni juga ada Wildlife Park yang menawarkan lebih daripada 150 spesies haiwan dengan pelbagai habitat. Kalau rasa-rasa korang dah penat buat aktiviti dan main air, bolehlah singgah tengok haiwan.

Bagi sesiapa yang nk pergi waktu puncak seperti cuti umum kami cadangkan korang ambil Quack Express k untuk mendapatkan akses pantas menaiki permainan dan tarikan yang terpilih.

KLIK SINI untuk tempah tiket ke Sunway Lagoon.

3. Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor

Kalau tadi di Utara dan Kuala Lumpur, untuk yang pulang beraya di selatan korang boleh ke Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor.

Istimewa tempat ini, ia merupakan taman air yang mempunyai salah satu kolam gelombang buatan manusia terbesar di dunia. Adventure Waterpark Desaru Coast mempunyai banyak permainan dan gelongsor air dengan tahap ekstreme yang berbeza untuk semua lapisan umur. So, memang enjoylah kalau pergi dengan famili or kawan yang ada anak-anak kecil tu, sebab semua boleh enjoy!

Psst.. Kalau beli tiket di Klook korang boleh nikmati promosi eksklusif Klook yang menawarkan kopi dan ais krim percuma serta diskaun 10 peratus retail. Tertakluk terma & syarat dan sementara stok masih ada.

KLIK SINI untuk tempah tiket ke Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor.

4. Aquaria KLCC, Kuala Lumpur

Sukakan tempat yang lebih santai dan indoor? Jom ke Aquaria KLCC. Di sini terdapat lebih 150 spesies hidupan air yang korang boleh tengok depan mata. Paling menarik bila menelusuri terowong sepanjang 90 meter sambil menyaksikan ikan berenang bebas di sekeliling korang. Kalau orang dewasa yang tengok pun terleka, apatah lagi kanak-kanak.

Bukan setakat melihat hidupan air, di Aquaria KLCC juga terdapat pelbagai pameran unik untuk memberi ilmu baru kepada pengunjung seperti Touch Pool, Evolution Zone, Jewels of the Jungle, dan banyak lagi!

KLIK SINI untuk menempah tiket ke Aquaria KLCC.

5. Zoo Negara, Kuala Lumpur

Satu lagi aktiviti yang korang boleh lakukan bersama anak-anak kecil ialah melawat Zoo Negara. Dengan keluasan 110 ekar korang dapat menyaksikan lebih daripada 5,137 haiwan dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan.

Jangan lepaskan peluang melihat panda gergasi Malaysia yang terkenal dengan kecomelannya iaitu Xing Xing dan Liang Liang, di Pusat Panda, Zoo Negara.

Nak lagi adventure cuba pengalaman memberi makan kepada haiwan dan jangan lupa check waktu untuk tak terlepas menyaksikan pertunjukkan Singa Laut/Macaws yang menghiburkan.

Pastikan pakai kasut yang selesa bila nak ke Zoo Negara sebab korang akan banyak berjalan!

KLIK SINI untuk menempah tiket ke Zoo Negara.

Raya ni, Klook je!

Ini baru 5 aktiviti, korang sebenarnya boleh terokai lebih banyak aktiviti di aplikasi Klook. Download sekarang dan mula terokai aktiviti menarik di sekeliling korang. Raya ni, Klook je!

Bukan itu saja tau, untuk ahli yang baru muat turun aplikasi Klook ni korang layak untuk menikmati diskaun 10 peratus tau menggunakan promo kod MEMBERBARU10.

Memandangkan kita masih berada dalam bulan Ramadan, Oh! Media nak share juga promosi Ramadan ni, Klook je! Promosi yang ditawarkan pun boleh tahan berbaloi juga tau.

Bagi korang yang teringin nak berbuka puasa secara bufet tapi selalu rasa mahal. Haa.. Orderlah melalui Klook, ada diskaun tau!

Antara korang boleh cuba:

Latitude 02, Le Méridien Putrajaya yang menawarkan diskaun 21 peratus untuk Destinasi Rasa 2022 kolaborasi bersama Chef Selebriti, Chef Naem. 

Lemon Garden Cafe, Shangri-La Kuala Lumpur yang menawarkan 10 peratus potongan untuk bufet makan malam Sajian Istimewa. 

Zest Lifestyle Restaurant, Putrajaya Marriott Hotel nikmati potongan 15 peratus melalui promosi Pentas Citarasa Ramadan.

FLOCK, W Kuala Lumpur menawarkan potongan 15 peratus untuk Bazar Bufet Melayu

Serena Brasserie, InterContinental Kuala Lumpur menawarkan 20 peratus diskaun untuk bufet makan malam Warisan Kita.

Nak bercuti tenangkan diri semasa Ramadan? Pun boleh! Di Klook korang siap boleh pilih hotel yang menawarkan hidangan bersahur dan berbuka puasa pada harga yang berpatutan tau antaranya Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur , The Haven Resort Hotel, Ipoh, Royale Chulan DamansaraHotel Eastin Kuala Lumpur,  Camar Resort Langkawi dan banyak lagi!

Jangan biarkan raya korang hambar, muat turun aplikasi Klook sekarang di Play Store dan App Store sekarang untuk menikmati lebih banyak diskaun eksklusif, potong ‘queue’ untuk beratur beli tiket dan paling penting transaksi atas talian yang pantas dan selamat!

Untuk maklumat lanjut mengenai Klook layari www.klook.com.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas