Connect with us

Oh! Media

Istimewa Ramadan, Jom Hargai Jasa Wira-Wira Tak Didendang Di Sekeliling Kita!

SUPER WIRA-WIRA HARIAN

Branded

Istimewa Ramadan, Jom Hargai Jasa Wira-Wira Tak Didendang Di Sekeliling Kita!

Ramadan bulan mulia, bulan penuh keberkatan. Pada bulan ni ramai yang berlumba-lumba melakukan kebaikan bagi merebut ganjaran pahala yang dijanjikan.

Mungkin ada yang memilih untuk bersedekah di masjid atau menganjurkan majlis berbuka puasa. Tapi kali ni, kami nak ajak anda untuk menghargai jasa wira-wira yang berada di sekeliling kita yang menjalankan tanggungjawab tanpa mengharapkan sebarang balasan sepanjang Ramadan ni.

Polis bantuan setia membantu masyarakat

Wira pertama yang kami temui ialah polis bantuan. Kalau korang perasan, polis bantuan ni sentiasa berada di sekeliling kita. Namun, sering kali kita ‘terlupa’ jasa mereka melindungi masyarakat dan harta benda awam.

“Kadang-kadang tengah hari masa cuaca panas terik kita kena tolong clearkan jalan, supaya lalu lintas berjalan lancar. Siapa tak penat? Tapi dah tanggungjawab kan?”- Amin, Polis Bantuan.

Bekerja di lapangan ada cabarannya yang tersendiri, tapi bekerja di bawah terik matahari ketika Ramadan, tak ramai yang mampu menghadapinya. Bayangkan kalau keluar rumah, terasa panas sikit pun kita dah terasa dahaga, inikan pula ketika berpuasa. Memang salutelah!

Jadi lepas ni kalau jumpa polis bantuan, jangan lupa ucapkan penghargaan kepada mereka tau.

Berbuka lambat demi hantar pesanan

Bulan puasa ni kadang-kadang apabila kita terasa malas nak memasak, perkhidmatan penghantaran makanan sering menjadi pilihan. Tapi korang pernah tak terfikir macam mana rider ni berbuka puasa?

“Selalu order bulan puasa ni tinggi bila dah nak dekat waktu berbuka, kadang-kadang kami terpaksa buat banyak trip sekali jalan untuk pastikan pengguna dapat makanan sebelum waktu berbuka. Selalu je berbuka minum air atas motor” – Akmal, penghantar makanan.

Tambahnya lagi, bulan Ramadan dia tetap bekerja seperti biasa, kalau hujan sekalipun dia tetap akan redah bagi memastikan pesanan makanan sampai tepat pada masanya.

Nasihat kami lepas ni kalau korang buat pesanan makanan untuk berbuka, orderlah awal sedikit supaya rakan penghantar makanan tidak terkejar-kejar nak menghantar pesanan.

Terima kasih kakak jaga kebersihan office kami

Nampak tugasnya mudah, SUPERHERO seterusnya yang kami temui ialah janitor di pejabat kami iaitu Kak Wati. Bekerja sebagai janitor di ruangan bekerja bukanlah tugas yang mudah kerana ruang pejabat yang luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian.

Sejak awal tahun ini, hanya Kak Wati seorang sahaja yang menguruskan ruangan bekerja kerana rakannya telah berhenti. Lebih mencabar lagi, bermula April selepas kerajaan mengumumkan peralihan fasa endemik,  ramai pekerja yang sudah mula kembali dan dia perlu menggandakan tugasan bagi memastikan kebersihan ruangan bekerja.

Kak Wati juga akan memastikan ruangan kegemaran kami iaitu sudut teh dan kopi sentiasa mempunyai bekalan yang mencukupi untuk kami recharge kembali setelah penat bekerja.

“Nak kata susah ini kerja kita, setiap jam ada kerja. Waktu rehat bulan puasa ni boleh tidur sekejap untuk hilangkan penat” – Kak Wati, janitor.

Ibuku SUPERHEROKU!

Bukan hanya petugas barisan hadapan saja yang bergelar hero di mata rakyat. Malah sebenarnya ada seorang lagi individu yang begitu dekat dengan kita iaitu ibu kita. 

Jika berpuasa di rumah ketika Ramadan, ibulah yang akan mengejutkan kita untuk bersahur. Ibu akan menjadi individu yang paling mengambil berat jika kita makan secukupnya atau dan pada waktu berbuka, ibu akan menyediakan juadah SUPER buat anak-anaknya untuk kekal bertenaga.

Pengorbanan ini dilakukan demi kasih sayang, walaupun ibu juga berpuasa seperti kita.

Jom Hargai Jasa Wira-Wira Di Sekeliling Kita

Sebenarnya ramai lagi wira-wira yang berada di sekeliling kita. Walaupun tidak semua kita kenali, sekurangnya hargailah jasa dan pengorbanan mereka. Sebab itulah SUPER Malaysia inginkan masyarakat Malaysia sama-sama menghargai jasa wira di sekeliling kita dengan berkongsikan keikhlasan.

Lagi best, bermula 1 April sehingga 15 Jun 2022, korang boleh menikmati 20 peratus diskaun kalau korang beli produk SUPER melalui platform Shopee, tanpa perbelanjaan minimum (dihadkan pada RM6).

Lepas ni kalau korang nampak wira-wira ni, mungkin korang boleh belanja mereka produk SUPER untuk menunjukkan penghargaan korang kepada wira tidak didendang ini.

Hmmm produk SUPER? Macam menarik!

Variasi kopi SUPER seperti Original, Rich, Zero Sugar, White Coffee dan kopi yang mempunyai manfaat untuk kesihatan iaitu kopi SUPER Power yang hadir dengan bahan seperti Tongkat Ali, Misai Kucing dan Ginseng untuk lelaki dan Ayu yang mengandungi Kacip Fatimah dan Collagen untuk wanita.

Kalau korang nak tau, SUPER ni merupakan jenama perintis produk minuman pra campuran. Mula dikenali dengan variasi produk kopinya, SUPER kini turut mengeluarkan produk minuman berasaskan teh seperti Milk Tea dan minuman bijiran, Nutremill, bagi memberikan korang lebih banyak pilihan.

Haa.. Memandangkan sekarang ni kita dah berada dalam bulan Ramadan, korang mesti mencari makanan SUPER yang dapat memberikan korang tenaga kan? Kami cadangkan sangat kalau korang beli produk SUPER Nutremill ni.

Kalau korang tak boleh tinggal kopi, SUPER ada pilihan kopi yang pelbagai yang korang boleh pilih mengikut citarasa. Nak minum masa sahur atau ketika berbuka, tidak menjadi masalah, yang penting ia dapat membekalkan korang tenaga SUPERHERO untuk bekerja dan melakukan aktiviti sepanjang hari.

Kalau korang bukan penggemar kopi, terdapat pilihan teh sebagai peneman korang ketika berpuasa. Ramadan menjadi lebih indah dan bermakna dengan produk SUPER.

Nak kekal bertenaga sepanjang Ramadan ini, dapatkan produk SUPER korang di pasaraya berhampiran atau nak mudah korang boleh beli di Shopee dan Lazada

Untuk maklumat lebih lanjut tentang SUPER Malaysia, korang boleh layari https://www.supereveryday.my/.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas