Connect with us

Oh! Media

Sentiasa Berdebar & “Mind Blown” Bila Layan W: Two Worlds. Drama Wajib Layan Tahun Ini!

Branded

Sentiasa Berdebar & “Mind Blown” Bila Layan W: Two Worlds. Drama Wajib Layan Tahun Ini!

Macam mana dengan 8 episod drama W: Two World versi Malaysia ni? Okay tak? Kami sendiri pun dah kagum, apatah lagi korang!

Dengar cerita ada yang dah berangan dapat boyfriend dalam komik? Ah sudah, jangan lah sampai macam tu ye, ini mesti sebab single lama sangat. Haha..

Ada yang belum streaming drama ni lagi? Serious ah, rugi betul korang, takkan nak tunggu sampai cerita habis, tak syok ah! 

Korang kena layan drama ni sekarang, sebab banyak benda yang best ada dekat dalam cerita ni. Kalau nak kami share, memang panjang listnya. 

Tapi takpe, demi korang, sini kami share sebab kenapa korang wajib layan drama W: Two Worlds ni sekarang! 

Lakonan Yang Mantap, Setiap Babak Dijiwai 

Korang mesti dah tahu tentang barisan pelakon dalam drama W: Two Worlds ni kan? Gabungan pelakon legend dan baru ini berjaya menambat hati penonton Viu. Lagi best, bila mereka berjaya mencapai ekspektasi peminat drama Korea. 

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Korang yang dah tonton, mesti rasa watak Aliff yang dibawa oleh Hun Haqeem betul-betul menjadi. Bila scene dia menangis, then mengamuk dalam mahkamah, pergh memang sampai tahap lakonan Lee Jong Suk ah! Dengan cara percakapan yang serius dan gentleman, confirm buat wanita cair.

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Nak sentuh pasal lakonan Daiyan Trisha rasanya, she deserve. Nampak beliau sangat study the original character heroin W: Two Worlds ni. Mana taknya, kalut, gelabah dengan dunia yang berbeza, risau dengan kehilangan ayahnya, memang Daiyan tapau semua emosi dalam drama ni! 

Kesemua pelakon berjaya memainkan peranan masing-masing dengan jayanya sepanjang 8 episod bersiaran. Tak kira berapa lama berada di industri, semua watak on point!

Bagi korang yang masih meragui lakonan mereka, rasanya boleh stop! Just watch and nilai sendiri effort para pelakon W: Two Worlds Malaysia. Orang Korea pun ada komen tentang lakonan dorang tau. 

Sinematografi & CGI Sentiasa Wow! 

Dari episod 1 sampai ke 8, bila masuk bab sinematografi ataupun CGI sentiasa mengagumkan. Kadang-kadang boleh buat korang sedar yang produksi Malaysia sebenarnya dah berada di tahap yang tinggi tau. 

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Siapa yang dah tonton, mesti terpaku bila tengok episod 3, babak Aliff drive kereta elak lori. Pergh, time stop guys! Sebijik shot macam original punya drama. Air kopi tergantung elok je.

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Bukan tu je, scene di hospital pun time stop. Aliff masuk ke dunia sebenar, smooth je, takde rasa pelik pun tengok babak tu. Sampaikan dalam kepala fikir, kalau betul dunia komik ke alam sebenar, agaknya apa jadi lagi? 

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Selain itu, scene Aliff dengan Ghazi fight, wow angle shot betul-betul lawa. Kalau nak lebih specific, korang kena layan episod 5. Tak sangka, kamera kita mampu ambil shot lawan macam ni. Memang layanlah action skill diorang. Rasa macam tengok UFC!   

Plot Tak Cliche! 

Korang semua tahu yang drama W: Two Worlds ni diadaptasi dari drama Korea dengan tajuk yang sama. Jadi jalan cerita pun mestilah sama kan? 

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Yup, tekaan korang betul! Sepanjang 8 episod bersiaran, segala plot ataupun jalan cerita masih dikekalkan tetapi diubah suai sedikit mengikut budaya Malaysia. Contohnya, macam lokasi pengembaraan di Malaysia je, tak perlu shoot sampai ke luar, janji mesej sampai. 

Walaupun ada perubahan dari segi konteks budaya, namun  konsep asal drama masih dikekalkan. Korang yang dah pernah layan drama versi Korea mesti perasan kan? 

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Tapi apa yang kami boleh sampaikan, plot yang cliche macam anak Tan Sri, jumpa perempuan kampung, mak tak restu, semua tu tiada dalam drama ni. Apa yang korang akan dapat hanyalah plot twist gabungan dua dunia yang berbeza sehingga mampu buat korang mind blown! 

Karya Adaptasi Yang Ke- 3 

Haa, kalau korang betul peminat setia Viu, mesti korang tahu yang drama W: Two Worlds merupakan karya adaptasi yang 3 oleh Viu Malaysia. Sebelum ini, Viu telah menghasilkan karya adaptasi K-drama Black dan She Was Pretty.  

W: Two Worlds, Viu, Viu Malaysia, Kdrama

Siapa sangka, selepas satu demi satu kejayaan dicapai oleh Viu, mereka berani untuk menghasilkan lagi adaptasi drama Korea sehingga kini. W: Two Worlds berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia terutamanya peminat drama Korea. 

Bagi korang yang belum layan lagi, jom binge watch 8 episod W: Two Worlds di Viu. Rasai sendiri hasil produksi lokal setaraf kualiti drama Korea. 

Tinggal  lagi 4 episod je guys! Nak tahu apa kesudahan yang berlaku pada Izara, Aliff, pembunuh misteri serta penamat komik ni? Korang kena streaming sekarang drama W: Two Worlds hanya di Viu

Belum ada aplikasi Viu? 

Muat turun sekarang secara PERCUMA di Playstore dan App Store. Nikmati pelbagai drama, filem dan program menarik eksklusif di Viu.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas