Connect with us

Oh! Media

6 Drama Viu Original, Dokumentari Joe Flizzow Masuk List Wajib Tonton 2024!

Oh! Artis

6 Drama Viu Original, Dokumentari Joe Flizzow Masuk List Wajib Tonton 2024!

Viu, platform penstriman video OTT yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia berjaya menambat hati pengguna dengan pelbagai drama, filem serta rancangan hiburan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini. 

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, majlis terulung Viu UPFRONT 2024 telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Center dan dihadiri banyak pihak berkepentingan dalam industri hiburan, rakan kerjasama dan agensi media. 

Acara Viu UPFRONT 2024 ini bertujuan memberi highlight kejayaan Viu sepanjang tahun 2023 dan juga memperkenalkan seleksi Viu Original terbaru yang akan ditayangkan pada tahun depan. 

Mesti korang tertanya-tanya, drama apa yang bakal ada di Viu untuk tahun hadapan kan? Sini kami kongsikan. 

Viu Original Hadir Dengan Drama Lebih Memukau Penonton! 

Viu, Viu Malaysia, Viu Upfront 2024

Selepas berjaya memenangi anugerah di Asian Academy Cretive Awards (ACCA 2023), Viu mengorak langkah dengan lebih maju lagi dalam memberi perkhidmatan serta kepuasan dengan karya-karya baharu yang bakal muncul eksklusif di Viu pada tahun hadapan.

Sempena Ramadan, Viu akan hadir dengan drama Viu Original Terlanjur Cinta yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima. Drama ini akan menampilkan pelakon berbakat besar seperti Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Khir Rahman dan Syafiq Naswip. 

Viu, Viu Malaysia, Viu Upfront 2024

Selain Terlanjur Cinta, Viu Original turut memperkenalkan drama dengan pelbagai genre seperti Nafsu, Gadis Masa, The Secret dan juga From Saga With Love yang kembali dengan sekual kedua selepas berjaya menambat hati penonton pada musim sebelum ini.

Viu, Viu Malaysia, Viu Upfront 2024

Bukan itu je, bagi peminat K-drama, selepas kejayaan adaptasi drama Korea Black, She Was Pretty dan W: Two Worlds. Kini, Viu akan hadir dengan karya adaptasi K-drama komedi popular “Strong Woman Do Bongsoon”. 

Drama ini membariskan pelakon seperti Meerqeen dan Nadhir Nasar. Bagi pelakon wanita, masih lagi rahsia. Mari kita sama-sama nantikan. 

Bagi peminat hip-hop, Viu turut menyediakan dokumentari khas Mr President Joe Flizzow “This Is Johan” yang dijangka tayang pada Februari tahun hadapan. 

Ia mengisahkan perjalanan anak seni dalam memartabatkan genre hip-hop Malaysia di industri hiburan. 

Tak sabar betul untuk menonton seleksi drama terbaru di Viu. Bagi korang yang belum langgan Viu, langgan dan dapatkan aplikasi secara percuma di Play Store dan Apple Store

Jom streaming dengan pelbagai drama, filem dan rancangan hiburan menarik bersama seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu dan ikuti media sosial rasmi di Facebook, Instagram dan TikTok.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas