Connect with us

Oh! Media

Confirm Kena Sedia Tisu! Erma Fatima Drama Ramadan Pertama Di Viu Malaysia

Msg637412959 44548

Oh! Artis

Confirm Kena Sedia Tisu! Erma Fatima Drama Ramadan Pertama Di Viu Malaysia

Viu Original yang merupakan perkhidmatan penstriman video OTT serantau milik PCCW melancarkan drama Ramadan Terlanjur Cinta yang merupakan karya terbitan Erma Fatima dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar.

Terlanjur cinta launch event

Terlanjur Cinta merupakan drama Ramadan pertama di Viu yang dibintangi oleh Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Khir Rahman, Datin Seri Umie Aida, Syafie Naswip dan Syafi Tee. 

Siri ini akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2024 dengan episod baharu disiarkan pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Ramadan.

IKLAN
Cast members of terlanjur cinta with steven lim director of development viu malaysia and imillya irwani roslan director of production viu malaysia

Kingsley Warner pengurus Viu Malaysia berkata, menjelang Ramadan, mereka komited dalam menyediakan kandungan yang dekat dengan hati para penonton. Terlanjur Cinta, siri pertama sempena Ramadan di Viu Malaysia ini menjanjikan persembahan yang memikat hati penonton dengan kisah percintaan dan kehidupan yang penuh emosi di bulan mulia ini.

Kisah Pengorbanan Anak Untuk Keluarga

Cast members of terlanjur cinta

Drama ini mengisahkan tentang Aishah, seorang gadis muda dari keluarga miskin. Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah dari dipenjarakan dan juga mengubah nasib keluarga dari kemiskinan, Aishah membuat keputusan untuk berkahwin dengan duda terlajak, Pak Majid. Keputusan ini memaksa Aishah untuk melupakan perasaannya terhadap Amir, teman rapatnya sejak kecil. 

Keperibadian Pak Majid yang sopan dan budiman membuatkan Aishah jatuh hati walaupun terdapat perbezaan usia. Namun, sebaik sahaja mendapat sinar kebahagiaan, harapannya musnah setelah Pak Majid yang baru pulang dari lawatan kerja, memperkenalkan isteri barunya. Kemesraan Pak Majid yang telah berubah menyebabkan Aishah menjadi keliru. Dalam masa yang sama, Amir masih lagi mengintai peluangnya dari jauh, dengan harapan dapat memberi kebahagiaan yang seharusnya dimiliki Aishah.

Image 32

Drama ini ditaja khas oleh Vivo V30 dan sepanjang Ramadan ini, Viu turut melancarkan  beberapa inisiatif menarik di mana Viu akan mengunjungi 18 lokasi bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang setiap minggu dan mengedarkan 10,000 barangan eksklusif Viu. 

Disamping itu, terdapat juga trak Terlanjur Cinta yang diletakkan secara strategik di pusat membeli-belah yang membawakan pelbagai aktiviti menarik serta peluang memenangi barangan eksklusif dari Viu dan sesi beramah mesra bersama pelakon Terlanjur Cinta.

Terlanjur cinta truck activation

Drama Ramadan yang mengisahkan pengorbanan seorang anak kepada ibu dan keluarga untuk berkahwin muda demi kebahagiaan keluarganya ini, pasti menarik perhatian penonton yang sememangnya menantikan drama seperti ini.

Terlanjur Cinta boleh ditonton di aplikasi Viu, yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih serta di web www.viu.com.

Kredit: Viu Malaysia

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sabrina Juhari
Sabrina adalah bekas pelajar intern di Oh! Media yang turut memainkan peranan sebagai hos digital separuh masa. Dengan bakatnya yang pelbagai, Sabrina juga bertindak sebagai editor, penerbit, dan penulis artikel untuk menyokong tim video Oh! Media dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas