Branded
Career Break Tak Bermakna Kena Mula Dari Kosong, TalentCorp Bantu Wanita Kembali Bekerja
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Pernah terfikir nak kembali bekerja selepas beberapa tahun tinggalkan kerjaya, tetapi tiba-tiba rasa macam kena mula dari kosong?
Resume dah lama tak update. Pengalaman kerja terakhir pun mungkin beberapa tahun lalu. Nak pergi interview pula mula fikir, “Majikan masih nak ke orang yang ada career gap panjang macam ni?”
Belum lagi persoalan tentang macam mana nak sesuaikan semula kehidupan dengan rutin bekerja, terutama bagi wanita yang sebelum ini mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi keluarga.
Hakikatnya, career break bukan bermaksud pengalaman yang dikumpul sebelum ini turut terhenti.
Sebab itulah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menyediakan Career Comeback Programme (CCP) untuk membantu wanita yang mahu kembali ke dunia pekerjaan selepas melalui career break.
Program ini diwujudkan bagi memudahkan perjalanan wanita untuk kembali ke workforce, termasuk menghubungkan mereka dengan bakal majikan serta menyediakan akses kepada bengkel dan acara yang boleh membantu persediaan sebelum kembali bekerja.
Bila Nak Comeback, Yang Susah Kadang-Kadang Bukan Cari Kerja

Selepas lama berada di luar workforce, rasa kekok untuk kembali bekerja itu memang boleh terjadi. TalentCorp sendiri mengakui kembali bekerja selepas career break bukan sesuatu yang mudah. Antara perkara yang membuatkan wanita teragak-agak untuk kembali ialah persoalan bagaimana hendak mengimbangi semula tanggungjawab kerja dan keluarga.
Pada masa sama, semakin banyak syarikat mula mengamalkan persekitaran kerja yang lebih fleksibel dan mesra keluarga, membuka lebih banyak ruang untuk wanita meneruskan kerjaya sambil menguruskan komitmen peribadi.
Persoalan yang akan muncul semestinya “Ada ke majikan nak ambil aku kerja?”
TalentCorp Bantu Sambung Semula Perjalanan Kerjaya
Career Comeback Programme merupakan sebahagian daripada inisiatif TalentCorp untuk menyokong wanita yang berada dalam career break dan sedang mencari peluang untuk kembali bekerja. Program ini memberi tumpuan kepada facilitating, reskilling dan upskilling wanita melalui kerjasama dengan industri.
Antara perkara yang boleh dimanfaatkan peserta termasuk:
Peluang Berhubung Dengan Bakal Majikan
Wanita yang sedang mencari pekerjaan boleh berkongsi CV dengan TalentCorp untuk dibantu menghubungkan mereka dengan bakal majikan. Ini bermakna tak semestinya perlu bermula dengan mencari semuanya seorang diri.
Bengkel Dan Acara Persediaan
TalentCorp turut menyediakan akses kepada Career Comeback workshops dan events yang boleh membantu wanita membuat persediaan untuk kembali ke workforce.
Reskilling Dan Upskilling
Fokus program turut merangkumi usaha meningkatkan semula kemahiran wanita selepas career break supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi keperluan dunia pekerjaan semasa.
Siapa Yang Boleh Sertai CCP Ni?
Bagi wanita yang sedang mempertimbangkan untuk kembali bekerja, TalentCorp menetapkan beberapa kriteria minimum untuk menyertai Career Comeback Programme.
Pemohon perlu:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja
- Berada dalam career break selama lebih 6 bulan
- Tidak bekerja sepanjang tempoh career break tersebut
Kalau memenuhi syarat ini, antara langkah pertama yang boleh dibuat ialah hantar CV kepada TalentCorp untuk mendapatkan peluang di bawah program tersebut.
Lebih 7,800 Wanita Sudah Menyertai CCP
Berdasarkan maklumat dari TalentCorp, seramai 7,804 wanita telah terlibat dalam CCP. Secara keseluruhan pula, inisiatif Wanita MyWira TalentCorp telah melibatkan 15,309 wanita menerusi beberapa inisiatif termasuk CCP, Jelajah Wanita MyWira, Women Career Convention, YES! Wo+Men dan Women-Industry Network.
Pada Januari 2026, TalentCorp turut melancarkan Career Comeback Programme – Employability Enhancement Series, menunjukkan usaha berterusan untuk membantu wanita meningkatkan kebolehpasaran sebelum kembali ke dunia pekerjaan.
Tak Perlu Tunggu Sampai Rasa “Ready” 100 Peratus

Mungkin ada yang rasa sudah terlalu lama meninggalkan pekerjaan. Mungkin ada yang tengok LinkedIn orang lain dan rasa semua orang sudah jauh ke depan.
Mungkin ada juga yang takut nak buka semula resume kerana tak tahu bagaimana hendak menerangkan tahun-tahun yang hilang daripada pengalaman kerja.
Tetapi career break bukan bermaksud semua yang pernah dibina sebelum ini hilang.
Pengalaman kerja masih ada. Kemahiran yang pernah dibina masih ada. Apa yang berubah mungkin cuma perlu dikemas kini, diasah semula dan disesuaikan dengan dunia kerja hari ini.
TalentCorp sendiri menyediakan laluan untuk wanita yang mahu mengambil langkah tersebut melalui Career Comeback Programme bermula daripada menghubungkan bakat dengan bakal majikan, hinggalah kepada peluang untuk meningkatkan kemahiran dan membuat persediaan kembali bekerja.
Career break bukan penamat kerjaya. Kadang-kadang ia cuma satu jeda sebelum sambung semula perjalanan.
Wanita yang memenuhi syarat dan sedang mencari peluang untuk kembali bekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Career Comeback Programme melalui laman rasmi TalentCorp.
