Connect with us

Oh! Media

Nak Shopping Raya Last Minit Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki? Ikano Centres Kan Ada!

Branded

Nak Shopping Raya Last Minit Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki? Ikano Centres Kan Ada!

“Nak pilih yang mana satu ni? Semua kelengkapan raya cantik sangat!”

Bila tiba musim perayaan, mesti semua berpusu-pusu nak mencari kelengkapan baru dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tak termasuk lagi dengan barangan rumah dan barangan elektrik. Semua nak kena baru! 

Hmm, tapi leceh betul bila kena cari semua kelengkapan raya ni di tempat berasingan. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang ada anak kecil. Bila banyak berjalan, mula lah si anak merengek, betul tak?

Jangan risau, sempena hari Raya yang bakal tiba, kami nak share dengan korang 4 pusat membeli belah atau one stop centres yang bantu penuhkan wishlist raya korang tahun ni! Nak tahu dekat mana? Kena baca sampai habis!

1. Klippa Shopping Centre

Kredit gambar: Penang Property Talk (kiri)/ Penang Foodie (kanan)

Siapa kat sini orang Penang? Habaq mai! Sekarang korang dah tak perlu nak shopping sampai ke tengah bandar KL sebab Klippa Shopping Centre menawarkan segala keperluan yang korang nak!  Nak beli barangan dapur? Pasaraya TMG Plus ada! Nak beli kelengkapan rumah dan perabot? Cari je di Harvey Norman dan Mr DIY. Nak buat cermin mata raya pun ada tau! Memang Raya Meriah Max tahun ni!

Apa yang lebih menarik, kalau korang beli barang minimum RM20, korang berpeluang untuk mengambil bahagian dalam Klippa Spin The Wheel dan bawa pulang pelbagai hadiah menarik! Dah nak raya ni, memang seronok kalau dapat hadiah PERCUMA kan? Info lanjut korang boleh check out Instagram dan Facebook Klippa Shopping Centre.

2. IPC Shopping Centre

Kalau duduk di bandar, memang tak berpisah dari shopping mall, betul tak? Kalau nak sebut setiap satu nama mall ni memang takkan habis! Tapi bukan semua pusat beli belah yang ada port shopping dan makanan yang sedap! Macam dekat IPC Shopping Centre!

IPC Shopping Centre merupakan one stop centre yang menawarkan pilihan kepada para pengunjung seperti Bazaar Raya, barangan dari jenama terkenal termasuk Brands Outlet, Cotton On, Tudung People dan macam-macam lagi!

Pilihan restoran dan jenis makanan juga banyak! Antaranya Nando’s, Suki-Ya,  Kyochon dan banyak lagi! Dah alang-alang shopping, terus berbuka dekat luar! Boleh lah para ibu ‘gantung’ kuali! 

Nak Raya Meriah Max? Jangan lupa untuk redeem pelbagai hadiah menarik bila korang shopping di IYC Shopping Centre! Antaranya:

– Kumpul Paket Meriah Raya dengan minimum perbelanjaan RM200 dalam 2 resit.

– Dapatkan Meriah e-baucar RM5 x 2 dengan minimum perbelanjaan RM200  dalam 2 resit.

– Tebus Maifan Stone Cooking Pot dengan minimum perbelanjaan RM1000 dalam 3 resit (RM800 bagi ahli Tack Club)

Nak lagi best? Sertai kontes Comment & Win untuk MERIAHkan lagi Raya korang dan berpeluang untuk menjadi 100 peserta yang bertuah bagi memenangi baucar Grab Ride bernilai RM10 (untuk digunakan dalam perjalanan ke/dari IPC Shopping Centre)! Haa, kalau nak tahu lebih lanjut, terus ke Instagram dan Facebook IPC Shopping Centre.

3. MyTOWN Shopping Centre

Kredit gambar: EdgeProp (kiri)/ Pangoi (kanan)

Tempat ni memang selalu jadi favourite spot kalau nak shopping, lepak dengan bestie dan luangkan masa bersama keluarga! Dah lah banyak OOTD spot yang cantik, ruangan beli belah pun luas dan sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Jenama bagi kelas pertengahan pun ada seperti Padini Authentics, H&M, Cotton On, ButtonScarves, Tomaz dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, MyTOWN juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik sempena hari raya ini. Psst..psst.. Kami dengar ada penampilan khas oleh Meerqeen, para pelakon dari High Council dan Shiha Zikir. Bestnya! Nak tahu lebih lanjut, klik DI SINI serta terus ke Instagram dan  Facebook MyTOWN.

Malas nak drive? Korang yang nak ke IPC Shopping Centre dan MyTOWN tu boleh datang ke sini menaiki perkhidmatan awam. Kurang sesak dan jimat kos!

4. Toppen Shopping Centre

Wah, macam-macam rupanya yang ada dekat Toppen Shopping Centre ni! Korang yang stay atau pulang ke Johor, tak perlu dah nak pergi ke setiap pekan nak mencari perabot, baju raya yang lawa, berkualiti dengan harga mampu milik.

Di Toppen Shopping Centre, korang boleh dapat semua kelengkapan raya yang ada dalam wishlist korang seperti Harvey Norman, Lulu Grocer, Hanger, M & B, Dees dan macam-macam lagi!

Tak cukup lagi? Toppen juga menyediakan “Karnival Bazaar Raya Toppen 2023” yang sedang berlangsung sehingga 20 April 2023 di kawasan concourse utama. Dah letih shopping raya? Rileks dulu dengan persembahan tradisional dibawakan khas dari Toppen! Info lanjut korang boleh check out Instagram dan Facebook Toppen Shopping Centre.

Cepat Serbu Ke Ikano Centres Sekarang!

Fuh, dari Utara hingga ke Selatan kami kongsi dengan korang tempat best nak shopping raya. Min guarantee raya korang tahun ni mesti  Raya paling Meriah Max! So, tunggu apa lagi, raya pun dah nak dekat gais! Cari awal tak kalut, betul tak? Selamat Hari Raya semua!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas