
Oh! Tidak
“I Love You..” – Alice Chang Suka Masuk Tandas Lelaki
Alice Chang cetus kontroversi lagi bila rakam video dalam tandas lelaki di IPC Shopping Centre.
Nama Alice Chang sekali lagi jadi sebutan netizen selepas dia sendiri memuat naik video masuk ke tandas lelaki di sebuah pusat membeli-belah terkenal.
Video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya itu menunjukkan dia bukan sahaja berada dalam tandas lelaki, malah siap buat pengakuan terbuka.
Hi, saya sekarang dalam tandas lelaki. Saya dah biasa masuk ke tandas lelaki, so macam mana? I love you tandas lelaki. Bye bye tandas lelaki.
Netizen buat aduan ke atas Alice Chang…
Tindakan Alice yang dianggap tidak menghormati privasi lelaki ini buat ramai rasa kurang senang. Ada juga yang terus hubungi pihak pengurusan IPC Shopping Centre.
Kejadian ini berlaku di dalam pusat beli-belah kamu. Apa tindakan IPC akan ambil?
Soalan tu dilemparkan oleh beberapa individu yang kecewa dengan sikap Alice yang dilihat sengaja mahu cetus provokasi.
Pihak IPC ambil tindakan, rujuk jabatan berkaitan…

Menjawab persoalan tersebut, pihak IPC Shopping Centre memaklumkan bahawa mereka ambil maklum mengenai insiden tersebut dan dah rujuk pada jabatan berkaitan.
Kami sudah memberitahu kepada jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut.
Namun setakat ini, belum ada kenyataan rasmi sama ada Alice akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.
Pssttt! Bila masuk tandas awam, ada batas yang perlu dihormati. Tak kira siapa kita, privasi tetap kena jaga. Tindakan sengaja rakam diri dalam ruang yang sepatutnya dikhaskan untuk jantina lain bukan perkara main-main. Kalau perkara macam ni tak ditegur, makin ramai anggap benda ni normal. Hati-hati bila content lebih penting dari maruah.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
