Branded
Nak Jaga Kucing? Ikut Je Tips ABC Ni, Untuk Jaga Perkembangan Sihat Si Bulus
Oleh
“Meow, meow, meow”
Ramai orang kata kucing sebenarnya dapat membantu kita menghilangkan stress serta menemani kita disaat kita bersendirian. Kalau korang single, sesuai sangat jaga kucing. Bolehlah dijadikan peneman hidup korang, taklah bosan sentiasa.
Bagi yang ingin membela kucing buat kali pertama, kami sangat syorkan cuma korang kena banyak bersabar dengan perangai randomnya. Tapi disebabkan perangai randomnya jugalah yang buatkan ramai jatuh hati kan?
Bila dah jatuh hati, kenalah jaga elok-elok. Kesihatan kucing pun kenalah jaga dengan sebaik mungkin. Tahu tak korang dengan 3 perkara je, boleh pastikan kucing korang sihat dan berkembang dengan baik.
Nak tahu macam mana? Meh sini kami kongsikan.
Aktif & Rancak Semasa Bermain
Korang tahu tak yang Si Bulus perlu bermain sekitar 15 minit sehari? Ia membantu memastikan perkembangan Si Bulus berkembang dan juga emosi dijaga.
Seronok sebenarnya bila dapat lihat telatah kucing bermain. Lompat, berlari kesana-sini, pusing-pusing sampaikan kita pun terhibur tengoknya. Hahaha..
Bukan tu je, korang pun boleh hilangkan stress dengan melihat aksi random kucing ni tau. Jadi, macam mana nak bagi Si Bulus ni aktif dan ceria?
Alaa, senang je! Korang belikan je mainan untuk Si Bulus bermain.
Antara mainan yang sesuai untuk korang bermain dengan Si Bulus ialah laser, catnip, tiang mencakar ataupun mainan yang diikat dengan tali. Confirm, kucing korang suka!
Selain itu, persekitaran yang ceria dan harmoni juga membantu merangsang keaktifan kucing. Bila kawasan lapang dan bersih, kucing dapat bergerak dengan mudah tanpa sebarang masalah.
Bagi memastikan Si Bulus aktif dan ceria sepanjang hari, korang perlu pastikan Si Bulus mendapat protein yang cukup dalam makanan. Barulah Si Bulus bertenaga untuk bermain dan bergerak pantas sepanjang masa.
Bulu Bersinar & Gebu
Bulu kucing yang lebat dan bersinar adalah impian semua pecinta kucing. Barulah seronok untuk dipegang dan dibelai. Lagi-lagi kalau gebu macam Garfield, awhhh comelnya!
Sesetengah orang beranggapan bulu yang gebu, lebat dan bersinar ini hanya mengikut baka kucing tersebut. Salah tu!
Sebenarnya, kalau korang inginkan bulu Si Bulus bersinar dan gebu, haruslah mempunyai penjagaan yang rapi. Si Bulus haruslah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam. Kenapa air suam?
Kalau air sejuk, ia memberi kesan pada badan kucing. Silap-silap demam kesejukan nanti.
Selain itu, pastikan kucing korang mendapat nutrisi yang lengkap seperti nutrisi Omega 3 & 6 yang memberi keanggunan pada bulu haiwan peliharaan. Bila nutrisi cukup, kucing sihat, bulu pun tumbuh dengan lebat.
Sebenarnya bulu kucing juga merupakan bahagian perlindungan daripada dijangkiti kuman dari pelbagai punca. Contohnya, suhu dan persekitaran.
Jadi jangan ambil mudah tau, pastikan bulu kucing sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi serta diberi nutrisi yang mencukupi. Barulah comel!
Cerah Penglihatan, Peka Sekeliling
Korang perasan tak kucing apabila waktu malam ataupun gelap, ia mampu bergerak dengan pantas berbanding manusia. Agak-agak korang kenapa?
Aha! Sebenarnya kucing mempunyai tapetum lucidum iaitu satu lapisan tisu yang terletak di belakang retina kucing.
Ianya berfungsi bagi mencerminkan cahaya dan meningkatkan cahaya yang tersedia untuk sel-sel photoreceptor di retina, yang meningkatkan penglihatan dalam keadaan yang gelap.
Disebabkan itu, Si Bulus dapat melihat 6 hingga 8 kali lebih baik berbanding manusia pada waktu malam. Jadi tak hairanlah bila Si Bulus ni peka dengan keadaan sekeliling, tak kira masa dan tempat.
Untuk memberi penglihatan yang baik pada Si Bulus, korang kena pastikan makanan kucing mempunyai nutrisi Vitamin A dan Taurin yang mencukupi.
Nutrisi ini memainkan peranan dalam perlindungan retina, mengekalkan kesihatan mata, membantu merangsang sifat ingin tahu Si Bulus dan juga peka pada persekitaran sekeliling.
Kalau dilihat dari kesemua perkara yang perlu dijaga ini, ia berkait rapat dengan satu faktor iaitu makanan kucing. Makanan yang penuh dengan nutrisi baik memastikan kucing korang sihat, aktif dan membesar dengan baik.
Agak-agak korang makanan kucing apa yang terbaik diberi buat si bulu ni? Hmm…
Whiskas®: Pilihan Terbaik Buat Si Bulus
Bila sebut Whiskas®, pasti kita akan terus berfikir tentang kucing. Whiskas® ini boleh dikatakan sebati dengan semua kucing. Pelbagai jenis pilihan makanan kucing yang ada pada Whiskas®, korang cuma perlu pilih je.
Nak yang kering, ada. Nak yang jenis wet food, ada. Untuk anak kucing, ada! Makanan bagi kucing dewasa pun ada.
Korang tahu tak, jenama Whiskas® ni bagus sebab ia dapat membantu dalam memastikan kesihatan dan perkembangan sihat pada kucing korang. Nak tahu kenapa?
Sebab Whiskas® dipenuhi dengan nutrisi berkhasiat seperti Vitamin A & Taurin, Omega 3 & 6 serta protein daripada ikan asli. Nutrisi ini dapat membantu Si Bulus berkembang dengan sihat dan ceria.
Di samping itu, Whiskas® juga membekalkan 100 % nutrisi lengkap dan seimbang, memberikan nutrien dan kuantiti yang tepat untuk pertumbuhan kucing anda.
Selain nutrisi yang mencukupi, Whiskas® turut menawarkan perisa yang lazat buat Si Bulus. Dengan kelazatan dalam hidangan, menambah keseronokkan buat Si Bulus bermanja. 9 daripada 10 pencinta kucing menyukai Whiskas® Pouch*.
Jadi tak hairan sekiranya kucing korang menyukai Whiskas®, sebab ianya betul-betul sedap dan berkhasiat buat Si Bulus.
Ehh, korang dah dengar belum jingle baru Whiskas®? Sumpah cute guys and kalau korang nak tahu apa itu nutrisi ABC, tonton sekarang.
Haa, cute kan? ABC ialah Aktif, Bulu bersinar dan Cerah penglihatan. Apabila korang memberi Whiskas® pada Si Bulus, korang dapat melihat perubahan kesihatan dan perkembangan mereka melalui ABC ni. Wah!
Bukan setakat kucing korang sihat dan cerita, malah siap glowing up tau!
Tunggu apa lagi, berikan si bulu korang Whiskas® mulai hari ini. Lindungi kesihatan dan perkembangan Si Bulus dengan Whiskas®. Korang boleh dapatkan Whiskas® di supermarket terdekat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Whiskas®, dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram.
*Berdasarkan ujian perisa Whiskas® 1+ TAHUN TUNA dengan 120 pengguna di Thailand.
Penulis editorial separuh masa di Oh!Media. Semoga hari-hari pembaca indah dengan artikel saya. Cehwahh.