Branded
Kongsi Kenangan Manis Dalam Satu Gigitan & Menangi Tshirt Eksklusif kaWan!
Setiap orang mesti ada satu rasa yang tak boleh dilupakan. Satu gigitan yang terus buat kita teringat balik kenangan lama.
Tak kisahlah sama ada makan dengan keluarga, lepak dengan kawan, atau hidangan pertama yang buat kita jatuh cinta dengan makanan tu. Mesti ada kan?
Contohnya pertama kali makan air tangan yang tersayang? Atau kek tersedap di sebuah kafe random di ibu kota, ingat tak?
Kenangan gigitan pertama yang tak boleh dilupakan
Sempena Merdeka kali ini, kaWan nak raikan memori istimewa korang dengan peraduan MerdekaWan “THAT ONE BITE”.
Bukan saja boleh kongsi rasa kegemaran korang, tapi juga berpeluang menang hadiah menarik!
Contohnya macam dalam video ini, kenangan manis menyambut hari jadi dengan keenakan produk kaWan pastinya menjadi memori terindah sekeluarga yang akan kekal terpahat di ingatan di tahun mendatang.
Apa yang korang boleh menangi?

1. T-shirt eksklusif MonKiddo x kaWan*
2. E-voucher kaWan bernilai RM100*
Nak tahu apa paling best? Bukan 1, bukan 2 tapi ada 100 pemenang akan dipilih! Ramai tu, lebih tinggi peluang korang untuk menang nanti.
*Tertakluk terma & syarat
Macam mana nak sertai?
1. Muat naik gambar atau video korang menikmati THAT ONE BITE daripada produk kaWan kegemaran korang.
2. Tulis di kapsyen kenapa gigitan yang paling korang akan ingat sampai bila-bila.
3. Tambahkan hashtag #MerdekaWanThatOneBite dan #ATasteToRemember.
4. Tag dan follow Kawan Food (@kawan_food) di Facebook, Instagram atau TikTok.
Mudah je kan? Jangan lepaskan peluang sebab peraduan ini bermula pada 25 Ogos dan akan tamat pada 16 September 2025. Cepat, jangan tangguh-tangguh nanti melepas menang T-shirt eksklusif ni.
Jom ajak geng, keluarga, kawan kerja, jiran-jiran untuk kongsi memori paling bermakna bersama kaWan. Siapa tahu, korang salah seorang daripada pemenang bertuah!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM