Connect with us

Oh! Media

Drama Viu Original From Saga With Love Viral Di TikTok, Ini Perkara Menarik Mengenai Drama Ni

Branded

Drama Viu Original From Saga With Love Viral Di TikTok, Ini Perkara Menarik Mengenai Drama Ni

Siapa dekat sini dah tonton 2 episod drama terbaru Viu Original ‘From Saga With Love’? Macam mana, best ke tak? Dengar cerita, ada yang dah start belajar bahasa Jepun.

Ada yang belum layan lagi ke drama baru ni? Ish, ruginya. 

Korang kenalah support drama ni tau sebab banyak betul benda yang best dalam cerita ni. Kalau nak kami senaraikan sampai ke esok tak habis. 

Jadi, meh sini kami kongsi 5 sebab kenapa korang perlu tonton drama Viu Original ‘From Saga With Love’.

Barisan Pelakon Yang Mantap

Viu, Viu Malaysia, From Saga With Love,  viral

From Saga With Love ini menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan baru seperti Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan juga Ikmal Amry. 

Keserasian diantara mereka berempat sangat serasi macam dah kenal  lama, walaupun sebenarnya drama From Saga With Love merupakan projek pertama yang menggandingkan mereka berempat . Gempak kan? 

Korang tak akan rasa janggal ataupun pelik dengan lakonan mereka, malah rasa seperti melihat mereka memainkan watak diri sendiri. 

Penggunaan Genre Yang Tepat!

Viu, Viu Malaysia, From Saga With Love, viral

Drama yang diarahkan oleh Umi Salwana Omar ini menengahkan genre romantik komedi. Secara jujurnya, drama ini berjaya membawa genre ini dengan begitu baik. 

Lawak yang digunakan juga dapat diadaptasi oleh penonton. Sebabnya sesetengah drama yang menggunakan genre komedi, gagal memberi bahan ketawa yang sempurna. Kadang-kadang, penonton rasa seperti syok sendiri, namun ia tidak berlaku dalam drama From Saga With Love ini.

Bagi korang yang meminati filem Gol & Gincu, drama ini sangat sesuai dengan korang. Ia mempunyai aura kehidupan seorang remaja yang mula mengenal erti kehidupan. 

Sinemafotografi Bak Ala Filem Jepun! 

Perbezaan yang agak ketara bagi sinemafotogrtafi drama From Saga With Love dengan drama tempatan yang lain antara sebab utama wajib tonton drama Original Viu ni. 

https://www.youtube.com/watch?v=t_CE50QhMn0

Boleh dikatakan yang pengembaraan di Jepun, tidak disia-siakan oleh pihak produksi dan pelakon. Setiap angle, shot, transisi scene ke scene lain dan pemandangan, semua diambil kira dengan teliti. Vibes drama Jepun digabung dengan Melayu, begitu menjadi. A+ for the effort! 

Setiap Babak Diambil Teliti

Korang tahu tak sebenarnya setiap babak di dalam drama yang melibatkan budaya Jepun ini dipantau 100% oleh shishō (Master).

Contohnya, babak yang melibatkan pelakon memakai pakaian kimono. Segala pakaian dan juga ikatan pada pakaian, dibuat sendiri oleh Master Kimono tau. Untuk makluman korang, baju kimono yang dipakai boleh mencecah sehingga bernilai RM30,000 tau! 

Jadi, korang boleh merasai pengalaman menonton dan mempelajari budaya Jepun dengan dekat tanpa berada di sana. Pembelajaran interaktif katakan~

Lokasi Pengembaraan 

Apa itu Saga? Saga ni dekat mana? Perkara ini mesti akan terlintas dalam fikiran korang kan. Yelah, korang tahu yang drama ini dijalankan di Jepun, tapi dipilihnya Saga. Kenapa bukan Tokyo ataupun Osaka ke, barulah famous. 

Untuk maklumkan, Saga ini terletak di bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Kawasannya yang aman, tenang dan suasana seperti di kampung menjadi pilihan utama pihak produksi.

Pada masa yang sama, ia bagi mempromosi tempat pelancongan baru di Jepun. Fuhh, kalau korang tengok drama ni, view dia semua lawa-lawa tau. Sumpah korang akan jatuh hati dengan tempat ni.

Tonton Filem & Drama Baru Hanya Di Viu

Haa! Mesti korang dah tak sabar untuk streaming kan? Kami dah kongsi 5 sebab tu, jangan tak tonton pula. Jom layan Viu Original From Saga With Love di sini.

Korang belum download lagi Viu? 

Aigoo, pergi muat turun sekarang aplikasi Viu di App Store dan Google Play secara PERCUMA. Tak perlu pening kepala lagi cari platform streaming drama dan filem baru. Viu kan ada!
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Viu dan ikuti sosial media rasmi di Facebook, Instagram dan TikTok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas