Connect with us

Oh! Media

Dolla Buat Misi Adventures Raya, Korang Pun Boleh Join Sekali Untuk Teka Pilihan Mereka Dalam Setiap Episod! 

Branded

Dolla Buat Misi Adventures Raya, Korang Pun Boleh Join Sekali Untuk Teka Pilihan Mereka Dalam Setiap Episod! 

Selepas ‘mendunia’ dengan lagu Damelo hujung tahun lalu, Ohmedia ternanti-nanti juga perkembangan terbaru daripada kumpulan multitalented Dolla.

Baru-baru ni pula, semasa scroll TikTok kami nampak yang Dolla sekarang ni ada video bersama dengan jenama penjagaan wajah, Bio-essence. Wow, jadi duta baru ke tu?

Kalau korang nak tau, Bio-essence ni merupakan produk penjagaan wajah No.1 di farmasi yang menawarkan pelbagai variasi untuk membantu menyelesaikan masalah kulit wajah.

Tak sangka Dolla dah jadi sebahagian daripada jenama Bio-essence. Suka sangat!

Dolla Ada Misi Rahsia? Apa Ni?

Korang dah tengok belum video Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure di Instagram Bio-essence? 

Kalau korang nak tau, ahli Dolla ni diberi cabaran untuk buat senaraikan perkara yang diorang rasa mencabar. Lepas tu, ahli yang lain dan korang sebagai penonton boleh turut sama mengundi pilihan yang diinginkan.

Kalau korang belum tengok, pergi ke Instagram Bio-essence sekarang dan tolong Dolla buat keputusan!

Setiap minggu satu misi akan dijalankan oleh setiap ahli.

Misi minggu pertama, Sabronzo kena beli hadiah untuk diri sendiri dan setiap ahli kumpulan. Hmm.. Kalau pilih hadiah untuk diri sendiri pun susah, apatah lagi untuk orang lain!

Apa agaknya hadiah Sabronzo pilih? Korang boleh check it out pada video di bawah:

Seronok tu dapat produk penjagaan kulit Bio-essence Bio-Water!

Seronoklah Dolla dapat product Bio-essence Bio-Water ni, lagilah sekarang bulan berpuasa, kulit jadi lebih kering dan sensitif!  

Berikan kulit wajah korang kelembapan tambahan, barulah raya nanti cantik berseri!

Kami perasan dalam video tu ada 4 produk yang ahli Dolla ni dapat yang sangat sesuai digunakan dalam cuaca sekarang dan bulan Ramadan ni sebab ia membantu menambah kelembapan dan menguatkan  lapisan perlindungan kulit.

Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica 4 untuk Tabby yang berkulit sensitif

Diformulasi dengan 5% Vitamin B5, Cica-4 dan Niacinamide, Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica 4 membantu melegakan 7 tanda kulit sensitif, termasuk kulit kering, rapuh, hipersensitif, ketegangan, kegatalan, kasar dan kemerah-merahan. 

Dengan fungsi anti-radang dan penenangan, serum ini membantu menguatkan  lapisan perlindungan kulit sebanyak 122% dan mengekalkan kelembapan sebanyak 138%.

So, kulit korang akan jadi lembap dan sihat sepanjang bulan Ramadan dan produk ni pun boleh digunakan selepas toner dan sebelum pelembap tau.

Bio-Water B5 Moistuirizing Gel untuk Angel yang mempunyai kulit kering

Bio-Water B5 Moistuirizing Gel merupakan gel pelembap yang mengandungi penghidrat yang diperolehi daripada sumber semulajadi – Vitamin B5 yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan memastikan kulit terhidrat secara baik. 

Molekul kecilnya membolehkan penyerapan yang pantas dan mendalam untuk penghidratan yang unggul serta berpanjangan. 

Moistuirizing Gel ni, korang boleh guna sebagai langkah terakhir penjagaan kulit sebelum pakai pelindung matahari atau sebelum tidur. Penting tau, untuk ‘kunci’ kelembapan kulit, barulah kulit korang nampak sihat dan berseri masa Hari Raya.

Pelembap ni juga ringan je kat muka, rasa macam tak pakai apa-apa dan sesuai untuk korang yang ada kulit kering dan sensitif.

Bio-Water Energizing Water untuk Syasya yang Suka Sesuatu yang Menyegarkan

Kami share sikit tips nak guna Bio-Water Energizing Water, first korang boleh semburkan pada beauty blender sebelum menggunakan foundation. Ia dapat membantu makeup korang nampak flawless. Perfect kalau guna untuk makeup raya korang nanti.

Selain tu, energizing water ni dapat membantu menyegarkan wajah sebab ia diperkaya dengan mineral dan kandungan garam yang rendah. 

Elok sangatlah guna time bulan Ramadan dengan keadaan cuaca panas, yang menyebabkan kulit muka senang jadi kering dan berminyak. 

Bio-Water Energizing Water ni, bila spray je, korang dapat rasa muka auto rasa sejuk dan nyaman. Selain menenangkan kulit sensitif ia juga menghidratkan kulit secara intensif.

Bio-Water UV Shield Sunstick SPF50+ PA++++ untuk Sabronzo Sendiri

Musim panas ni, perlindungan matahari sangatlah penting dalam penjagaan kulit! Pastikan korang menggunakan Bio-Water UV Shield Sun Stick untuk melindungi kulit daripada kesan berbahaya matahari. Ia berada dalam bentuk stik, senanglah nak reapply dan paling penting tidak meninggalkan white cast dan tidak rasa melekit! 

Bila korang pergi beraya sepanjang hari, pastikan korang reapply pelindung matahari ni je walaupun dah fully makeup. 

Dengan SPF 50+ PA++++ ia melindungi kulit daripada kerosakan UVA & UVB sepanjang masa. Teknologi Hydro-Matte yang unik pula boleh mengimbangkan minyak dan kelembapan supaya kulit korang kekal matte tanpa rasa kering dan tegang.  

Apa Agaknya Misi Dolla Lepas Ni?

Satu misi dah lepas, 3 lagi bakal menyusul. Korang rasa apa misi Dolla dalam Bioessence X Dolla Da-da-da Adventures lepas ni? Share kan pendapat korang dengan kami.

Pssttt.. Korang dah dengar lagu raya baru Dolla. Boleh tahan catchy juga lagu Raya Da-da-da ni. 

Update terkini mengenai produk Bio-essence, ikuti mereka di Facebook dan Instagram. Untuk pembelian pula boleh terus ke TikTok Bio-essence, Shopee atau Lazada.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas