Connect with us

Oh! Media

Air Selangor Kolaborasi Bersama Animasi Kanak-Kanak Popular Dalam Misi Khas BoboiBoy Air

Branded

Air Selangor Kolaborasi Bersama Animasi Kanak-Kanak Popular Dalam Misi Khas BoboiBoy Air

Tahukah anda, purata penggunaan air per kapita harian rakyat Malaysia lebih tinggi berbanding yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), rakyat Malaysia menggunakan purata 201 liter air setiap orang sehari berbanding saranan PBB iaitu 165 liter seorang setiap hari. Wow banyaknya!

Tambahan pula, dengan Perintah Kawalan Pergerakan, lebih banyak masa kini dihabiskan di rumah sama ada untuk bekerja atau belajar. Mesti lagi banyak air yang digunakan agaknya.

Sebab itulah Air Selangor ada misi penting bersama BoboiBoy yang ingin disampaikan kepada masyarakat tentang penjimatan air.

Jika pembaziran air berterusan, kelestarian sumber bekalan air akan terjejas dan secara tidak langsung memberi kesan kepada alam sekitar.

BoboiBoy Air bawa mesej penting buat rakyat Malaysia

Sempena Hari Alam Sekitar yang disambut 5 Jun setiap tahun, Air Selangor membawakan mesej penjimatan air menerusi kolaborasi istimewa bersama animasi popular BoboiBoy.

Anda boleh lihat bagaimana BoboiBoy Air berkongsi langkah mudah penjimatan air dalam penggunaan harian.

Jangan lupa share lepas tonton Misi Khas BoboiBoy Air, kita sama-sama sebarkan kebaikan penjimatan air!

Mesti tak sangka kan, dengan membiarkan pili air terbuka apabila menggosok gigi, hampir 2 liter air terbazir setiap hari. Jadi jangan buat lagi ya lepas ni!

Semoga Misi Khas BoboiBoy Air ni dapat mendidik anda dan anak-anak tentang kepentingan penjimatan air kepada diri dan alam sekitar.

Jom jadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap sumber air!

Untuk maklumat lanjut mengenai Air Selangor boleh layari laman web INI atau ikuti Facebook rasmi Air Selangor.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

To Top