Oh! Arena
Faisal Halim Mula Berjalan Dalam Bilik, Tak Sabar Nak Balik Rumah
Seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar pemain bola sepak negara, Faisal Halim kembali pulih. Terkini, satu lagi perkembangan positif dimaklumkan di mana Faisal sudah mula berjalan di dalam bilik.
BACA: Sayu Dengar Bapa Faisal Halim Beri Kenyataan Panjang Lebar Akibat Anak Disimbah Asid

Perkembangan positif itu ditunjukkan Faisal selepas menjalani pembedahan ketiga malam tadi.
Perkara itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang ditemui di perkarangan sebuah hospital swasta.
Faisal Halim bersemangat nak berjalan tapi pergerakan masih terbatas…
Dia steady dan kata saya nak balik. Itulah semangat dia yang lain sikit sebab dia pun dah mula jalan dalam bilik. Dia memang seorang yang aktif dan pemain bola sepak.
Dia pun dah boleh pergi bilik air dengan sendiri dan bagi saya, ini sememangnya satu perkembangan yang positif untuk hari ini.
Cuma apabila dia dah mula nak berjalan dan betul-betul bersemangat, itu sangat membanggakan. Mickey sentiasa jadi Mickey cuma pergerakannya agak terbatas dengan balutan di badannya.
Alhamdulillah, semoga Faisal kuat dan sama-sama kita terus doakan yang terbaik.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM