Connect with us

Oh! Media

6 Lokasi Wajib Kunjung Jika Road-Trip Ke Perak, Siap Ada Tips Jimat!

Branded

6 Lokasi Wajib Kunjung Jika Road-Trip Ke Perak, Siap Ada Tips Jimat!

Dah lama tak keluar bercuti dengan kawan-kawan dan keluarga sejak pandemik? Nak keluar negara leceh pula kena ada pasport, kos pun mestilah lagi tinggi kan? Ini kami kongsikan 5 lokasi untuk korang bercuti balik hari di Perak.

Night Safari Zoo Taiping

Kalau belum pernah membawa anak-anak melihat binatang liar pada waktu malam, sangat disyorkan untuk mencuba pengalaman ini. Night Safari di Zoo Taiping adalah satu-satunya tempat menarik di Perak untuk mencuba aktiviti sebegini.

Hutan Simpan Belum

Bagi mereka yang sukakan aktiviti mencabar seperti aktiviti jungle-trekking, melihat bunga raflesia, melihat sira gajah, mandi tasik, hiking, memancing, melihat kehidupan di perkampungan orang asli, mandi air terjun dan menaiki bot laju, Hutan Simpan Belum adalah salah satu destinasi terbaik.

Pulau Orang Utan

Tak perlu terbang ke Sabah untuk mendekati Orang Utan. Pulau Orang Utan Bukit Merah yang mula beroperasi sejak tahun 2000 ini hanya kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Laketown Resort. Pulau ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan daripada peringkat umur bayi sehinggalah Orang Utan dewasa.

Bukit Larut

Suhu persekitaran di Bukit Larut ini tidaklah sesejuk Cameron Highland tetapi sekiranya mencari tempat menarik di Taiping yang menyamankan & pemandangan yang sejuk mata memandang, inilah destinasinya.

Tasik Raban

Tasik Raban, Lenggong adalah tasik yang memukau dengan keindahan dengan flora dan fauna. Pelbagai kegiatan rekreasi seperti berbasikal, berkayak, memancing, menaiki bot, aktiviti sukan air dan beberapa aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di Tasik Raban dan sekitarnya.

Pusat Konservasi Penyu Segari

Pusat konservasi & penerangan penyu ini terletak di Pasir Panjang, Segari & kira-kira 12 km dari Pekan Lumut. Alang-alang dah bercuti di Pulau Pangkor atau Lumut, bolehlah bawa anak-anak ke sini untuk belajar dengan lebih dekat tentang dunia penyu.

Bila perlu memandu jauh, antara yang menjadi persoalan adalah soal bajet untuk minyak kan? Jangan risau sebab dengan adanya minyak Petron Blaze 95, road trip korang akan jadi pengalaman paling mengujakan dengan lebih banyak lokasi dapat dilawati.

Kenapa wajib isi minyak Petron Blaze 95?

Nak tahu tak, minyak Blaze 95 dengan formula TriAction Advantage memberikan kuasa lebih baik dengan lebih kilometer dan perlindungan enjin menyeluruh. Tambahan pula, prestasi dan penjimatan Blaze 95 diperoleh daripada gabungan detergen, pengubah geseran dan tambahan aditif pembakaran organik dalam bahan api tersebut.

Bahan tambahan detergen dalam Petron Blaze 85 ini membantu membersihkan penyuntik bahan api enjin dan injap masuk untuk mengekalkan operasi yang cekap dan lancar.

Pengubah suai geseran ditambah ke dalam formulasi untuk mengurangkan geseran enjin untuk kuasa dan tindak balas yang lebih baik.

Selain itu, Petron Blaze 95 ini juga mempunyai penambah baik pembakaran unik yang menggalakkan pembakaran bahan api sepenuhnya. Bahan tambahan ini memastikan bahan api dalam kebuk pembakaran dibakar sepenuhnya supaya tidak berlaku pembaziran bahan api.

Jadi, dah tahu kat mana nak isi minyak untuk road trip nanti kan? Ikuti Petron di Facebook dan Instagram untuk update dan promosi terkini.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas