Connect with us

Oh! Media

Hanya Isi Minyak Di Petron Boleh Menang Percutian Lumayan Bernilai RM20K? Biar Betul?!

Bercuti Bersama Petron

Branded

Hanya Isi Minyak Di Petron Boleh Menang Percutian Lumayan Bernilai RM20K? Biar Betul?!

Siapa kat sini kalau isi minyak mesti ada guna kad untuk kumpul mata ganjaran? Kalau ada kita geng, dengan mata ganjaran tu macam-macam kita boleh redeem. Tapi kali ni istimewa untuk pemegang kat P-Miles ni ada benda best kami nak kongsikan dengan korang!

Petron dan Tourism Malaysia telah bekerjasama menganjurkan kempen ‘Jom Jalan-Jalan Bersama Petron’ yang mana setiap pemegang kad P-miles berpeluang untuk menang hadiah lumayan serta percutian ke tempat yang menarik! Serius lah?

Swipe Kad P-Miles & Nikmati Percutian Idaman Korang

Petron telah bekerjasama dengan beberapa resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Sepilok Forest Edge, Culvert Santubong sebagai lokasi ganjaran buat   pemegang kad P-miles!

Bukan itu sahaja, Petron turut menyediakan hadiah seperti pas percutian VIP(Malaysia) dan Trevo. Wow, menarik! Tapi, siapa yang berpeluang untuk menang semua hadiah ni?

Seramai 1,156 pemenang akan dipilih serta 56 pemenang cabutan bertuah akan memenangi hadiah sepanjang tempoh 5 bulan kempen ini. Untuk pakej percutian, pemenang bakal menikmati percutian selama 3 hari 2 malam di lokasi yang telah  ditetapkan.

Enam pemenang terpilih akan memenangi hadiah utama pakej pelancongan bernilai sehingga RM20,000 untuk ke Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong, ganjaran tunai serta minyak daripada Petron! 

Lagi best, setiap pemenang boleh bawa 6 hingga 10 ahli keluarga atau kawan–kawan untuk bercuti bersama. Haa, meriah lah cuti korang nanti!

Bukan itu sahaja, 10 pelanggan bertuah juga berpeluang untuk memenangi pakej pelancongan bernilai RM5,000, ganjaran tunai serta minyak setiap bulan sehingga Mac 2022 tau! Pemenang boleh membawa sehingga 4 ahli keluarga atau rakan-rakan untuk turut serta. Mantap!

Manakala, untuk 100 lagi pemenang hadiah saguhati yang dipilih setiap bulan, korang bakal menerima baucar hotel Pas VIP yang bernilai RM2,000 untuk 7 hari 6 malam, ganjaran tunai hingga RM300 dan point P-Miles bernilai RM300. 

Tak cukup lagi, Petron akan pilih 1,000 pemenang mingguan yang bertuah yang akan menerima mata P-Miles bernilai RM200 seorang. Haa, siapa yang menang tu boleh lah redeem macam-macam barangan dari Petron!

Pemenang juga akan dipilih mengikut wilayah – Utara, Pantai Timur, Tengah Selatan, Sabah dan Sarawak untuk memastikan setiap wilayah mempunyai pemenang masing-masing serta sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang telah menyokong Petron sepanjang tahun. 

Dapatkan Kad P-Miles Untuk Lebih Banyak Lagi Hadiah Menarik

Peraduan ini terbuka untuk semua pemegang kad Petron Miles yang mana korang dapat join secara automatik dengan hanya dengan mengisi minyak sebanyak RM250 dalam tempoh sebulan bagi melayakkan diri untuk Cabutan Bertuah Hadiah Utama.

Manakala, untuk pelanggan yang mengisi minyak sebanyak RM50 layak untuk Cabutan Bertuah Hadiah Bulanan. Jadi, apa yang korang perlu buat adalah hanya swipe kad P-miles setiap kali korang isi minyak! Senangkan?

Kempen ‘Jom Jalan Jalan Bersama Petron’ bermula daripada Oktober 2021 sehingga Mac 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan dan kempen ni, layari laman web Petron Miles

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas