Oh! Artis
Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Dengan Gelaran ‘S’ Cuba Untuk Malukan Dirinya?
Sebelum ini kami melaporkan bahawa usahawan selebriti, Mawar Karim didakwa cuba melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.
BACA : Mawar Karim Boleh Bankrap? Didakwa Cuba Larikan Diri Dari Bayar Hutang Sebanyak RM720K
Mawar juga dikatakan akan berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrap selepas meminjam sejumlah wang berkenaan daripada seorang sahabatnya.
Walaubagaimanapun, Mawar tampil berkenaan isu ini menerusi IG Story di akaun Instagram miliknya.

Wahai S, tak habis-habis lagi buat cerita fitnah pasal saya. Tahun lepas pasal SJR, cukup setahun pasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrupt pulak dah.
Usahawan selebriti itu mengatakan bahawa seolah-olah ada individu yang digelarnya ‘S’ cuba cari pasal dan membuat cerita buruk tentang dirinya seperti yang tular di media sosial.
Jangan sampai cerita jadi terbalik?
Nak bagi saya malu dekat 1 Malaysia, jangan one day terbalik pulak cerita nya. Orang tahu siapa gerangan S.
Mawar juga turut mengatakan berita yang tular pasal dirinya ini dilakukan ‘S’ adalah untuk memalukan namanya. Korang tahu ke siapa ‘S’ yang dimaksudkan Mawar tu?
Kredit: Instagram Mawar Karim
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM