Connect with us

Oh! Media

Viral Kisah Rider Bawa Anak OKU Hantar Makanan, Ebit Lew Tampil Bantu

Cover Photo Om 1200 X 675 5

Oh! Inspirasi

Viral Kisah Rider Bawa Anak OKU Hantar Makanan, Ebit Lew Tampil Bantu

Terdahulu, viral di media sosial kisah seorang penghantar makanan yang terpaksa membawa anak ketika bekerja. Menerusi video itu, Puan Azimah dilihat menggendong anak yang kurang upaya cacat penglihatan menggunakan baby carrier.

BACA:“Kasih Ibu..” – Netizen Bergenang Air Mata Tengok Video Rider Bawa Bayi

Prihatin dengan kesusahan yang ditanggung Azimah, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew tampil membantunya. Difahamkan Azimah ada memohon rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) tapi rezeki belum berpihak kepadanya.

IKLAN

Motor pun masih berhutang. Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan.

Selain rumah sewa, Ebit Lew membelikan Azimah dan anak baju raya beserta barang keperluan rumah seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi elektrik, almari dan tilam.

Ebit Lew bantu cari rumah sewa, tanpa bayaran

Tambah beliau lagi, ketika berjumpa, si kecil itu kelihatan sangat aktif dan manja. Jelas Azimah mereka memang rapat dan akan berdua ke mana-mana.

Memetik laporan mStar, anak Azimah telah disahkan cacat penglihatan sejak lahir. Dia terpaksa membawa anak semasa bekerja kerana tiada pengasuh yang sanggup menjaganya.

Anaknya terlalu aktif menyebabkan pengasuh tidak mampu bertahan lama.

Video viral:

Kredit: Instagram Ebit Lew | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas