Connect with us

Oh! Media

Tinggal Pesanan Terakhir, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Sebulan Selepas Pemergian Bapa

Cover Photo Om 1200 X 675 29

Oh! Artis

Tinggal Pesanan Terakhir, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Sebulan Selepas Pemergian Bapa

Ibu kepada penyanyi popular Indonesia, Irwansyah dilaporkan meninggal dunia semalam selepas beberapa minggu bertarung nyawa di hospital. Ibunya, Herlianah dikhabarkan pada awalnya membuat kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif wabak Covid-19.

BACA: Pasangan Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Ruang Tamu, Isteri Positif Covid-19

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatan semakin memburuk. Lebih menyedihkan, bapa Irwansyah juga baru meninggal dunia pada 8 Julai lalu kerana wabak ini.

IKLAN
Ibuirwansyahmeninggal1

Di Instagram, isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar memuat naik momen terakhir di mana suami sempat membuat panggilan video bersama ibu dan ahli keluarga. Di tangannya kelihatan tisu yang sudah dibasahi dengan air mata.

Memetik laporan portal kapanlagi, sebelum koma di unit rawatan rapi, ibu Irwansyah sempat menitipkan pesanan supaya anak-anak tidak memaksa tubuh badannya menggunakan alat bantuan seandainya keadaan semakin tenat.

Nanti kalau misalnya mama gimana-gimana mama gamau ya dipaksain pakai alat-alat lah apa segala macem.

Dengan berat hati, penyanyi ini dan ahli keluarga menuruti pesanan terakhir ibu dengan memperlahankan dos ubat-ubatan meskipun alat bantuan pernafasan masih terpasang.

Kongsi Zaskia, kasih sayang yang ditunjukkan ibu bapa mentua menjadi panduan hidupnya. Menyifatkan ibu seorang yang taat, dia berdoa semoga mereka disatukan di syurga kelak.

Difahamkan, allahyarham ibu dan bapa Irwansyah dikenali sebagai pasangan yang sangat romantik di Indonesia. Mereka juga merupakan menyokong utama dalam perjalanan seni Irwansyah.

Kredit: Instagram Zaskia Sungkar, portal kapanlagi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas