Connect with us

Oh! Media

Pasangan Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Ruang Tamu, Isteri Positif Covid-19

Trending

Pasangan Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Ruang Tamu, Isteri Positif Covid-19

Di Pasir Gudang Johor, sepasang suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka. Mayat ditemui oleh anak angkat berusia 19 tahun yang menjenguk warga emas berkenaan selepas panggilan tidak dijawab.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, hasil ujian saringan yang dijalankan ke atas mayat mendapati isteri positif Covid-19. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, suami yang berusia 68 tahun pula dipercayai mengalami beberapa komplikasi kesihatan.

Foto: Harian Metro/Ihsan Pembaca

Hasil siasatan mendapati kedua-dua pasangan tersebut dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

Si suami dipercayai mempunyai penyakit kronik termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kematiannya berpunca daripada sejarah penyakit yang dihidapinya itu.

Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas kematiannya.

Tambahnya, siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berkongsi dengan lebih terperinci, beliau memaklumkan Balai Polis Scientex menerima aduan mengenai kematian pasangan terbabit kira-kira jam 1 tengah hari.

Kedua mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat.

Sekadar gambar hiasan

Jiran yang dikenali sebagai Esah berkata kali terakhir dia bertemu dengan pasangan terbabit pada minggu lalu. Katanya, pasangan itu pernah memberitahu mereka mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi.

Anak angkat jiran saya nangis teresak-esak menyatakan kedua-dua ibu bapa angkatnya sudah tiada.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Mak Besah memang dikenali ramai kerana pandai berubat dan suaminya dikenali sebagai Pak Bakar.

Ujarnya lagi, sejak minggu lalu dia tidak melihat pasangan itu keluar rumah namun menjangkakan kerana mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas