Connect with us

Oh! Media

Seramai 218 Penduduk Palestin Telah Terkorban Dibunuh Tentera Zionis

44896720 1924967267559255 2153243577101058048 njpg

Umum

Seramai 218 Penduduk Palestin Telah Terkorban Dibunuh Tentera Zionis

Petempuran yang terus menghimpit bumi Gaza telah menyebabkan seorang warga Palestin menjadi mangsa pembunuhan terbaru tentera Zionis yang berlaku di sempadan Gaza.

Mohammed Abu Abada, 27, ditembak di dada dalam bantahan sepanjang sempadan berhampiran Beit Lahia di Utara Gaza.

Jurucakap tentera Israel berkata, kira-kira 3,000 penduduk Palestin berkumpul di sepanjang pantai dan pagar sempadan di utara Semenanjung Gaza.

IKLAN

Menurutnya, mereka membaling tayar yang terbakar selain melempar batu dan peranti letupan ke arah anggota tentera dan pagar antara Israel dan Gaza.

“Tentera bertindak dengan cara menyuraikan rusuhan dan menembak mengikut prosedur operasi biasa,” katanya.

Sejak bantahan dilancarkan pada bulan Mac lalu, kira-kira 218 orang penduduk Palestin telah menjadi korban peluru tentera Zionis.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas