Trending
Bayi Baru Lahir Positif Dadah, Ibu Dakwa Ambil Ubat Penenang Tanpa Kawalan Doktor
Bayi tersebut dipercayai terdedah kepada bahan terlarang ketika masih dalam kandungan.
Seorang bayi perempuan berusia lima hari di Kota Bharu, Kelantan mencetuskan kebimbangan apabila disahkan positif dadah.
Memetik laporan Buletin TV3, bayi itu kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemantauan lanjut.
Dikesan positif dua jenis dadah

Menurut laporan, saringan yang dilakukan pada 6 Ogos lalu mendapati bayi tersebut positif amphetamine dan benzodiazepines.
Siasatan awal turut mendapati bayi berkenaan dipercayai terdedah kepada bahan terlarang itu ketika masih berada dalam kandungan ibunya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azmir Damiri berkata, ibu bayi terbabit yang berusia 30-an mendakwa dia mengambil ubat penenang tanpa kawalan doktor.
Polis tidak menahan wanita itu setakat ini memandangkan dia baru bersalin.
Setakat ini, wanita berkenaan belum ditahan kerana masih dalam keadaan baru bersalin. Bagaimanapun, polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kes tersebut.

