Oh! Artis
Izara Aishah Tampil Jawab Dakwaan Sombong Dalam Lif
Izara Aishah menafikan dakwaan bersikap sombong sebelum individu terbabit tampil mempertahankan pengalaman mereka.
Pelakon Izara Aishah tampil memberi penjelasan selepas tular dakwaan mengatakan dirinya bersikap sombong ketika menghadiri konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Semuanya bermula apabila seorang individu mendakwa Izara menjeling dirinya dan ibunya ketika mereka mahu memasuki lif. Namun, penjelasan Izara kemudian mencetuskan pula siri balas-membalas kenyataan antara kedua-dua pihak.
Izara nafi dakwaan halang masuk lif

Difahamkan, ketika kejadian Izara bersama pengurusnya sedang menjalani sesi fotografi di dalam lif sebelum pintunya terbuka.
Menurut Izara, dia tidak pernah menghalang sesiapa daripada memasuki lif. Sebaliknya, ia mengakui kebiasaannya akan berasa terkejut dan malu apabila pintu lif terbuka ketika sedang bergambar.
Tak bagi masuk lift pula. Fitnah apa ini. Selalu kalau kantoi pintu lift terbukak masa tengah beria posing, saya akan terkejut dan malu tak tau nak letak muka kat mana.
Saya hanya mampu tengok dinding. Selalu yang akan kena jeling dengan saya ialah crew saya.- Katanya.

Izara turut mempersoalkan mengapa individu itu mendakwa mengenalinya tetapi masih bertanya siapakah dirinya.
Jangan la sombong, tau la saya izara Aishah sahaja tapi bila dah kenal saya siapa, kenapa tanya lagi “kau siapa”. Kau itu siapa yang aku nak bersombong-sombong.- Ujarnya.
Individu terbabit pertahan pengalaman sendiri

Bagaimanapun, individu tersebut tampil membalas kenyataan Izara dengan menegaskan pengalaman yang dilalui bersama ibunya tidak berubah hanya kerana penjelasan diberikan oleh pelakon itu.
Menurut individu berkenaan, Izara didakwa tidak memandang ke arah dinding seperti yang didakwa, sebaliknya memandang ke arah mereka dengan riak wajah yang tidak menyenangkan ketika mereka memasuki lif.
Dia turut menjelaskan ibunya bukan peminat tegar mahupun pembenci artis, sebaliknya hanya berkongsi pengalaman yang berlaku pada hari kejadian.
Izara beri penjelasan sekali lagi

Izara kemudian sekali lagi membalas kenyataan itu dengan menjelaskan dia tidak mengingati individu berkenaan kerana sering bertemu ramai orang di dalam lif.
Menurutnya, dakwaan bahawa dia menghalang orang daripada memasuki lif adalah perkara yang paling tidak boleh diterimanya sehingga mendorong dia memberi respons secara terbuka.
Izara turut berkata pintu lif terbuka sekitar 10 saat dan dia tidak melihat keperluan untuk menahan pintu bagi orang lain masuk. Pada akhir balasannya, dia turut menyampaikan salam kepada ibu individu tersebut sambil berkata, “Kata sorry aunty, muka kita confuse.”

