Trending
Dakwaan Warga Rohingya Punggah Ikan Di Terengganu, LKIM Jalankan Siasatan Lanjut
Dakwaan itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pengurusan persatuan nelayan.
Baru-baru ini, tular di laman sosial dakwaan melibatkan warga Rohingya yang dikatakan memunggah ikan di dalam kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing, Terengganu.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan (PNKKTS). Terbaru, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjalankan siasatan untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
LKIM tak mahu buat kesimpulan terburu-buru

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kalau siasatan dapati ada unsur pelanggaran undang-undang atau penglibatan mana-mana pihak termasuk kakitangan agensi, tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada.
Isu yang timbul membuatkan LKIM meminta kawalan keselamatan di semua kompleks di bawah agensi berkenaan dipertingkatkan.
Langkah tersebut dilihat penting bagi mengelakkan pencerobohan atau sebarang aktiviti yang melanggar peraturan daripada berlaku.
Pssttt! Bila sesuatu dakwaan sudah tular, siasatan menyeluruh memang perlu dibuat supaya orang ramai tidak terus berteka-teki. Kalau ada pelanggaran, ambil tindakan. Kalau tidak, jelaskan dengan terang supaya isu ini tidak terus diputar.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
