Connect with us

Oh! Media

Suami Direman Bantu Siasatan Kes Dua Beranak Ditemui Maut Di Rumah

Ohmedia juru

Trending

Suami Direman Bantu Siasatan Kes Dua Beranak Ditemui Maut Di Rumah

Suami kepada dua beranak yang mati dibunuh direman tujuh hari.

Tular di media sosial rakaman suara seorang suami menangis teresak memberitahu isteri dan anak mati dibunuh di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Dalam rakaman itu, dia memberitahu rumah dalam keadaan pintu terbuka dan menemui anak serta isterinya dalam keadaan berlumuran darah.

Suami menangis teresak jumpa isteri dan anak maut dibunuh

Lebih mengejutkan, mayat isterinya ditemui di bahagian dapur tingkat bawah dengan keadaan kepalanya hampir terputus.

IKLAN

Manakala, anaknya pula ditemui meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah separa kayu yang didiami mereka.

Terbaru, Malaysia Gazette melaporkan suami kepada mangsa direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini sehingga 25 Oktober.

Direman seminggu bagi bantu siasatan

Isteri Anak Maut Di Rumah

Tempoh reman ke atas lelaki berusia 57 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namun pihak polis belum mengesahkan sama ada dia merupakan suspek utama dalam kes ini.

Suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap berwarna oren dan bergari tangan sebelum dibawa keluar sekitar jam 11.05 pagi selepas perintah reman dikeluarkan.

Pssttt! Kejadian ini sememangnya mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak. Apa pun, biarlah siasatan dijalankan dengan teliti agar keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa. Semoga roh kedua-dua beranak ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Kredit: Malaysia Gazette | Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas