Trending
Kes Kematian Wan Ahmad Faris Dibuka Semula Selepas 12 Tahun, Keluarga Tuntut Keadilan
Sebelum ini, kes Wan Ahmad Faris diklasifikan sebagai mati mengejut dan tiada tindakan lanjut.
Tragedi yang berlaku lebih sedekad lalu kembali menjadi perhatian apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman.
Lapor Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan pihaknya tiada halangan untuk buka semula kes kerana kertas siasatan sebelum ini sudah lengkap.
Polis sedia teliti semula kes

Jelasnya, pada tahun 2013, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Sekarang keluarga Faris kata ada kewajaran dilihat semula, saya hendak bagi tahu… ya polis akan buka semula.
Difahamkan, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris telah menyerahkan surat rasmi kepada Bukit Aman bagi memohon kes ini dibuka semula.
“Usaha saya selama ini tidak sia-sia dan ini doa saya setiap waktu” – Ibu

Mengikut laporan terdahulu, pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas pada Disember 2013.
Mayatnya dijumpai penyelia asrama selepas menghidu bau busuk. Hasil bedah siasat ketika itu mengklasifikasikan kematian sebagai kes mengejut dan tiada kaitan dengan jenayah.
Namun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan bahawa Wan Ahmad Faris sebenarnya dibunuh oleh individu yang masih belum dikenal pasti sehingga kini.
Pssttt! Pembukaan semula siasatan memberi sinar baharu untuk mencari kebenaran yang sudah lama tertangguh. Semoga usaha kali ini benar-benar mampu merungkai misteri di sebalik tragedi yang meragut nyawa seorang remaja tidak berdosa.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM